WHAT IS VITAMIN A?

APA ITU VITAMIN A & APAKAH FUNGSINYA?

Vitamin A adalah vitamin yang larut dalam lemak yang biasanya wujud dalam pelbagai makanan. Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sistem imun dan sistem pembiakan. Vitamin A juga membantu jantung, paru-paru, buah pinggang dan beberapa organ lain agar berfungsi dengan baik.

Vitamin A terbahagi kepada 2 jenis. Jenis pertama adalah PREFORMED Vitamin A yang selalu dijumpai di dalam daging, daging ayam, ikan dan produk tenusu. Jenis kedua, Provitamin A yang selalu dijumpai di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.

Vitamin A secara asli terdapat di dalam banyak makanan dan ianya juga ditambahkan ke dalam makanan seperti susu dan bijiran. Anda boleh dapatkan sejumlah vitamin A dengan Hanya memakan pelbagai jenis makanan seperti:

  • Hati lembu dan pelbagai daging yang berasaskan organ (Ianya tinggi dengan kolestrol)
  • Beberapa jenis ikan seperti Salmon
  • Sayur-sayuran yang berwarna hijau
  • Buah-buahan (Aprikots & mangga)
  • Susu

Simptom paling biasa yang menunjukkan kekurangan Vitamin A pada kanak-kanak Dan Ibu mengandung adalah xerophthalmia. Xerophthalmia adalah keadaan apabila mata tidak dapat melihat dipersekitaran yang kurang cahaya dan Ianya boleh menyebabkan buta apabila ianya tidak dirawat.

 

Pakar telah mengkaji bahawa Vitamin A dapat membantu dalam beberapa keadaan penyakit.

Kanser

Orang yang makan makanan yang mengandungi beta-carotene mungkin merendahkan risiko kanser seperti kanser paru-paru dan kanser prostat.

Penyakit berkaitan Mata

Semakin berusia, penglihatan mata semakin lemah. Dengan mengamalkan diet tambahan yang mengandungi anti-oksidan, zink dengan beta-carotene boleh melambatkan proses kehilangan daya penglihatan.

Campak

Apabila kanak-kanak mengalami kekurangan vitamin A, mereka mudah terdedah dengan campak yang dimana ianya lebih berbahaya. Kanak-kanak yang mengambil supplement vitamin A yang tinggi akan memendekkan jangka masa demam dan cirit-birit yang diakibatkan oleh campak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *