TOP 5 : EAT GOOD TIPS (PEMAKANAN SIHAT)

Saya percaya, ramai orang diluar sana mempunyai masalah apabila kita bercakap mengenai berat badan. Pastinya mereka juga akan cakap yang mereka telah cuba pelbagai jenis diet yang wujud dimuka dunia ini, tetapi masih mempunyai masalah berat badan berlebihan atau progress diet yang sendu.

Apabila berdiet, kebanyakkannya hanya tertumpu pada perubahan sementara dan apabila tabiat pemakanan lama kembali, berat badan makin meningkat yang seterusnya merendahkan moral & semangat seseorang itu untuk terus berdiet.

Sebenarnya, anda tidak perlu pun berlapar untuk kurus. Apabila kita berlapar, badan akan mulai rasa penat dan mula rasa hilang semangat untuk terus berdiet.

Kunci kejayaan dalam menurunkan berat badan adalah melalui pemakanan yang sihat. Ianya akan memberi kesan jangka masa panjang pada berat badan dan kesihatan diri.

Berikut adalah 5 TABIAT PEMAKANAN SIHAT YANG WAJIB ANDA IKUT.

1. MAKAN MAKANAN YANG TIDAK DI PROSES.

Atau dengan kata lain, berhenti makan makanan yang diproses. Maksud diproses adalah seperti hot dog, burger, nugget dan sebagainya. Tujuan utama makanan yang diproses adalah untuk menjimatkan masa kita. Tetapi ianya langsung tidak mendatangkan kebaikan pada diri kita.

Kenapa?

  1. Terlalu banyak pengawet
  2. Mengandungi Pewarna & bahan kimia lain

Makanan yang diproses selalunya mengandungi kandungan garam, lemak dan gula yang tinggi. Ianya tidak mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh anda.

cuba yang ini: Salah satu cara untuk mengekalkan tabiat pemakanan yang sihat adalah dengan membuang semua stok makanan proses yang tidak berkhasiat berada di dalam peti sejuk sekarang. Gantikan dengan sayur-sayuran & buah-buahan.

 

2. TUKAR KEPADA GANDUM

Gandum mempunyai kandungan GI (glycaemic index) yang rendah, ianya akan membantu mengekalkan perut rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Ianya juga dapat meningkatkan daya tumpuan.

cuba yang ini: Cara pantas untuk memperbaiki tabiat pemakanan anda adalah dengan menukar jenis roti kepada roti jenis gandum. (Gardenia Hijau)

 

3. UBAH GAYA MASAKAN ANDA

Makin lama anda masak bahan masakan anda, semakin ianya hilang khasiat. Elakkan daripada mengoreng makanan kerana ianya akan meningkatkan kandungan kalori.

cuba yang ini: Panggang daging, ikan & sayur-sayuran. Selain daripada itu, mengukus sayur-sayuran juga dapat mengekalkan nutrisi pada makanan itu.

 

4. SAIZ HIDANGAN YANG KECIL

Untuk makan tengahari, pinggan hendaklah dibahagikan kepada 3 bahagian atau “SEPARUH, SUKU & SUKU”. Apa itu “SEPARUH, SUKU & SUKU”?

Hidangan mestilah terdiri daripada SEPARUH “protein tanpa lemak”, SUKU “Karbohidrat” dan SUKU “Sayur-sayuran”.

Untuk makan malam pula, pastikan anda makan lebih sedikit berbanding makan tengahari tadi.

 

5. AIR KOSONG: MINUMAN PILIHAN HATI.

Air adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan. Ianya diperlukan untuk proses pencernaan, penyerapan dan penghantaran khasiat-khasiat di dalam badan. Air juga terbukti digunakan tubuh untuk mengeluarkan toksin di dalam badan dan mengawal suhu badan.

Menurut pakar, lelaki dewasa sepatutnya minum sekitar 2.6 Litres air dan perempuan dewasa pula sekitar 2.1 litres air sehari.

cuba yang ini: Berhenti daripada minum minuman yang bergula. Bawa sebotol air kosong ke mana sahaja anda pergi.

 

Perkara yang paling sukar bagi seorang manusia adalah untuk menukar tabiatnya. Tabiat yang telah diterapkan oleh ibubapa sejak dari kecil. Namun ianya bukanlah mustahil untuk berubah. Mulakan perubahan secara kecil-kecilan dan bukannya terlalu drastik. Pastikan badan menerima keperluan khasiat yang diperlukan tubuh setiap hari. Dengan hanya 2 cawan susu chaaya, segala keperluan khasiat seharian anda dapat dipenuhi.

Langkah pertama adalah langkah yang paling sukar diambil. Namun setelah mengambil langkah pertama, percayalah langkah yang seterusnya akan semudah ABC.

Mulakan dengan 2 cawan susu chaaya sehari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *