ANDA KURANG MENARIK? CUBA TIPS BERANI NI…

 

Kecantikan wanita bukan hanya dizahirkan dalam bentuk luaran tubuh sahaja malah penjagaan kesihatan dalaman sangat penting bagi mendapatkan kejelitaan secara keseluruhan yang ideal dan sempurna.  Pemakanan yang sihat dan berkhasiat bukan sahaja mempengaruhi kesihatan tubuh anda malah boleh membantu mengekalkan kecantikan secara semula jadi.

Cantik berseri dengan 5 ‘beauty foods’!

 

  • Kismis untuk senyuman lebih berseri

 

Kajian menunjukkan bahawa kismis mengandungi antioksidan untuk menentang bakteria dalam mulut yang boleh meyebabkan keradangan dan penyakit gusi.

 

  • Kacang Edamame untuk keanjalan kulit

 

Sayuran kegemaran masyarakat Jepun ini mengandungi serat protein yang boleh memelihara kulit supaya lebih berseri, tegang dan awet muda. Kacang Edamame dan makanan bersumber soya lain membantu untuk memelihara kolagen kulit kerana ia kaya dengan Isoflavon.

 

 

 

  • Mentimun untuk kecantikan mata

 

Letakkan hirisan timun di mata bagi mengurangkan kedutan dan bengkak di sekeliling bahagian mata untuk mata lebih cantik dan bersinar.

  • Daun parsli  untuk kesegaran nafas

Sayuran herba yang mengandungi antioksidan Polyphenol ini sangat berkesan untuk menghilangkan nafas busuk dan berbau bagi mengekalkan kesegaran mulut.

 

  • Jus Ceri untuk tidur lebih bermakna

 

Tidur yang cukup dan mencukupi sangat mempengaruhi kesihatan dan kecantikan anda. Minum segelas jus ceri dua kali sehari bagi mendapatkan tidur yang bermanfaat serta mengurangkan penyakit Insomnia.

Bukan mudah untuk menjadi wanita yang cantik dan beketrampilan. Namun anda boleh mencuba untuk tampil jelita. Yang penting jangan sesekali berputus asa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *