Tolong jangan stop bagi anak anda susu kalau nak tengok dia berjaya.

Salam penuh kasih sayang untuk pengunjung dalam blog chaayamilkcare. Hari ni dah makan, makanan yang sihat tak? Saya dah makan roti bakar kosong dengan teh o bersama gula stevia. Tapi hari minggu yang lepas, diet saya hancur kerana menikmati nasi lemak yang lazat.
Hari ni, saya nak berkongsi pengalaman agar anak anak  kita sihat dan cerdas.
Kebanyakan ibu, akan merasakan pengambilan susu perlu sehingga umur kanak kanak 1 hingga 3 tahun sahaja. Tapi ada yang lagi ‘bijak’ dengan tidak memberikan anak anak susu ketika anak sudah boleh makan nasi dan makanan makanan yang lain. Alasan yang mereka berikan, cukup mudah. Anak dah besar dan tak perlukan lagi susu.
Tahukah semua sahabat, anak anak perlukan susu untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat. Nutrisi yang mereka peroleh daripada makanan, mungkin tidak mencukupi. Anak anak perlukan sumber protein yang mencukupi agar pembesaran tubuh dan minda mereka sihat. Kita sebagai ibu, perlu memastikan diet anak anak kita seimbang. Jangan sesekali menyediakan sajian ayam sahaja kepada mereka. Pastilan mereka dapat protein yang cukup, kalsium, vitamin a dan  yang lain lain.
Jangan salahkan anak anak jika mereka kurang cerdas, walaupun hari hari mereka ke sekolah mengusung beg. Salahkan diri sendiri dahulu kerana kita menjadi ibu bapa yang tidak bertanggungjawab kerana tidak membekalkan makanan yang sihat kepada anak anak kita.
Ingat… bukan mudah untuk dapatkan anak yang cerdas. Cerdas bukan sahaja bermaksud pandai dalam pelajaran, tetapi boleh menghadapi cabaran hidup yang semakin sukar. Persiapkan anak anak kita.
Salam penuh barakah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *