SUSU KAMBING & DIABETES

BAGAIMANA SUSU KAMBING DAPAT SEMBUHKAN DIABETES?

Orang yang prihatin bukan sahaja merujuk kepada orang yang baik dan kasih kepada orang lain. Ia juga merujuk kepada orang yang peka dengan masalah yang dihadapi oleh orang disekeliling dan orang tersayang. Sekiranya anda ingin melihat orang yang anda sayang sembuh daripada diabetes, atau ingin menjaga kesihatan sebelum diri terlantar sakit di hospital, anda perlu prihatin dengan hakikat susu kambing dapat membantu menyembuhkan diabetes.

Diabetes adalah disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat, pemilihan makanan yang salah, aktiviti seharian yang padat, tekanan dalam kehidupan dan pengambilan gula yang berlebihan. Diabetes berlaku apabila bilangan insulin dalam badan kurang dalam badan. Dan insulin ini boleh ditingkatkan dengan khasiat susu kambing yang membantu menghasilkan insulin.

Kandungan Susu Kambing

Beta-Casein merupakan sejenis protein yang dijumpai dalam setiap produk tenusu. Casein ini memberikan warna putih kepada susu. Setiap jenis produk tenusu mempunyai jenis protein yang berbeza dan memberikan kesan yang tidak sama kepada sistem penghadaman.

Perbezaan antara Susu Kambing dan Susu Lembu

  1. Susu lembu selalu dikaitkan dengan Beta-Casein jenis A-1 yang menjadi penyebab kepada diabetes. Beta-Casein A-1 ini kebanyakannya dijumpai pada lembu yang diternak di negara Barat seperti Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand.
  2. Susu lembu yang terdapat di pasaran Malaysia kebanyakannya berasal daripada lembu yang diternak di negara Barat yang dipercayai mempunyai kandungan beta-casein A-1. Hal ini berbeza dengan lembu yang diternak di negara Asia dan Afrika yang memiliki jenis A-2.
  3. Namun begitu, khasiat susu kambing adalah berbeza dengan susu lembu kerana susu kambing memiliki Beta Casein jenis A-2. Protein A-2 ini adalah protein yang terbaik kerana ianya mudah dihadam dan boleh merawat diabetes.
  4. Amalan minum susu kambing adalah disyorkan kepada pesakit diabetes kerana protein A-2 yang didapati dalam susu kambing ini membantu dalam menghasilkan hormon insulin.
  5. Insulin berfungsi untuk membawa glukos kepada sel-sel supaya tenaga boleh dihasilkan. Apabila bilangan insulin berkurangan, glukos tersebut tidak dapat dihantar menjadikan kadar gula bertambah dan mengakibatkan diabetes.
  6. Dengan minum susu kambing, kandungan insulin akan meningkat dan membantu dalam proses penyembuhan diabetes berbanding susu lembu yang menjadi penyebab kepada diabetes. Ini kerana beta-casein jenis A-2 dalam susu kambing akan menambah jumlah insulin dalam pankreas.

Masalah yang dihadapi pesakit diabetes

  1. Selain daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah dan kadar insulin yang kurang, pesakit diabetes juga mungkin mempunyai kadar kolestrol yang tinggi (triglycerides). Triglycerides ini merupakan sejenis lemak yang meningkatkan risiko serangan jantung. Oleh itu, pesakit diabetes mestilah peka dengan kadar saturated  fat dan trans fat dalam setiap hidangan yang diambil. Berbeza dengan saturated fat dan trans fat, monounsaturated fat dan polyunsaturated fat ini bermanfaat kepada badan sekiranya ia diambil secara sederhana. Hal ini kerana monounsaturated fat membantu untuk mengurangkan bad cholesterol dan polyunsaturated fat pula adalah baik untuk jantung.
  2. Diabetes juga kan meningkatkan risiko tulang rapuh. Diet yang tinggi dengan kandungan kalsium dapat membantu menguatkan tulang yang rapuh.

 

Diet yang disyorkan

Mengikut American Health Association, pesakit diabetes dinasihatkan supaya mengambil hidangan yang kandungan karbohidrat antara 45g hingga 60g sahaja. Selain itu, kandungan lemak dalam setiap hidangan juga mestilah diambil perhatian.

Susu Kambing Chaaya Milkcare adalah minuman yang terbaik untuk pesakit diabetes kerana secawan susu Chaaya membekalkan 14.7g karbohidrat di samping kandungan proteinnya yang tinggi dapat mengenyangkan perut. Dengan kadar karbohidrat dan protein yang sedemikian, ia dapat memberikan tenaga, membuat perut tidak rasa lapar dan menjadi diet lengkap kepada pemakanan seimbang. Makanan tambahan lain juga boleh diambil bersama seperti roti dan makanan bijirin lain sekiranya inginkan tenaga yang lebih.

Tambahan lagi, susu Chaaya mengandungi kandungan lemak yang begitu rendah dan 0 kandungan trans fat, sesuai untuk diminum oleh pesakit diabetes. Selain rasanya yang sedap, tidak berbau dan ringan di tekak, kandungan monounsaturated fat yang tinggi pula dapat mengurangkan kolestrol dalam badan, membantu pesakit diabetes dengan masalah kolestrol. Kandungan kalsium yang tinggi pula mencegah masalah tulang rapuh yang menjadi antara masalah yang dihadapi oleh pesakit diabetes.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *