Story time: Hari Pertama di Hanoi 

Suhu di Hanoi pagi ini sekitar 10 darjah celcius (9/1/2018). Cuaca mendung berangin dan berkabus menyambut saya. Angin yang bertiup boleh rasa sampai ke pangkal tulang.

Hanoi terletak di bahagian utara Vietnam. Untuk info, December sehingga awal February adalah musim sejuk di Vietnam. Dan yang paling menarik, pada bulan-bulan ini, harga tiket kapal terbang, tiket tour adalah lebih murah. Ini kerana bulan tersebut merupakan off seasons bagi sektor pelancongan. 

Secara jujur, Hanoi bukanlah bandar yang mesra muslim. Ini menyebabkan sukar untuk mencari makanan halal. 

Bercakap pasal makanan, kebanyakkan street food di Hanoi ni boleh dikira healthy la jugak. Makanan paling popular adalah PHO. Ala-ala bihun sup. Pho selalu dihidangkan bersama ulam-ulaman. 

Kalau kita berjalan memang akan nampak banyak gerai-gerai kecik yang jual PHO. Maybe makanan ruji mereka. 

Selain daripada PHO, banyak juga yang jual sandwich “Banh My”. Gabungan baggette & sayuran dan telur goreng. Selain tu ada jugak yg jual spring roll. Isi dalam spring roll tu mostly dorang ni letak sayur-sayuran. Memang susah nak tengok makanan yang bergoreng. 

Maybe disebabkan tabiat makan diorg ni, memang susah nak jumpa orang vietnam yang obese. Bukanlah saya cakap tak ada, cuma dari pemerhatian saya kebanyakkan rakyat Vietnam ni kurus. Sihat? WalAllahualam…

Banyak makan sayur-sayuran & kurang goreng. Salah satu kaedah pemakanan sihat.

Disebabkan tengok cam sedap je PHO & Spring roll tu, admin pun gigihlah pergi mencari restoran makanan Vietnam yang Halal. Alhamdulillah, Jumpa. Di Cosiana Hotel. Sederet dengan Hanoi Train Station. Harga agak oklah. Memang recommended!!!


Spring roll with fresh prawns & vegetables

Nota: maaf saya dah cuba utk post pho yang saya makan. Tapi tak berjaya. Huhuhu.

P/s: yang pergi bukan puan chaaya. 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *