SENGSARA LOYA MASA MENGANDUNG SAMPAI STRESS!

Aghhh, rasa nak loya dan akhirnya keluar segala macam benda yang telah dimakan. Hanya Allah yang tahu sengsaranya waktu ini. Begitulah sukarnya kehidupan seorang mama preggy. Badan rasa tidak selesa, rasa panas, rasa cemas, tak boleh menghidu bau-bau yang pelik. Yang lagi tragis, tak tahan dengan bau suami. Walaupun sudah mandi, kadang-kadang rasa macam ‘kambing jantan’ ada di sebelah. Maaf ye encik suami.

 

 

Pada mama-mama  yang preegy, kena cuba perkara di bawah. Loya dan muntah-muntah tidak akan hilang kerana itu sememangnya ciri-ciri ibu mengandung. Cuma petua ini mampu mengurangkan sedikit rasa loya tersebut. Cuba jangan tak cuba…

  1. Kenal pasti makanan yang tidak meloyakan ibu-ibu preegy. Lain orang, lain tabiatnya. Mungkin ada sejenis atau dua jenis yang mama preegy tidak akan muntah.

  2. Makan sedikit demi sedikit tetapi kerap. Jika makan terus banyak, mama preegy akan muntah dengan lebih  banyak dan lebih letih.

  3. Hidu bau lemon ataupun minum lemon bersama-sama teh o ais.

  4. Minum teh halia kerana ia mampu mengelakkan dan mengurangkan rasa loya.

  5. Gunakan aromaterapi semulajadi seperti minyak limau, daun mint untuk mengurangkan loya.

  6. Gunakan vitamin B6 yang boleh mengurangkan mabuk kehamilan, tetapi mama preegy perlu mendapat nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Berpesan penuh kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *