SEMBELIT & CARA MENGATASINYA.

7 SEBAB KENAPA ANDA KERAP KENA SEMBELIT

Malas buang air besar

Malas menunggu najis keluar sehabisnya ketika membuang air besar. Perkara ini sering berlaku pada anak kecil yang sedang belajar ke tandas.

Najis yang terlalu keras

Najis keras dan sakit apabila meneran sehingga menyebabkan pendarahan pada usus atau rektum.

Kerap menahan daripada membuang air besar

Terlalu kerap menahan untuk membuang air besar boleh mengakibatkan masalah sembelit.

Angin dalam perut

Masalah penghadaman yang disebabkan oleh angin dalam badan, abdominal cramp dan kembung perut.

Kurang cecair dalam badan

Kurang fiber dan cecair di dalam badan merupakan faktor utama yang menyebabkan masalah sembelit. Banyakkan minum air kosong dan lebihkan sayur-sayuran & buah-buahan dalam diet Harian anda.

Kurang zat Besi

Kurang zat Besi dalam badan hingga tiada tenaga untuk meneran.

Faktor umur

Biasanya orang tua akan mengalami masalah ini akibat daripada organ badan yang tidak berfungsi secara efisyen, kurang bersenam atau kurang pergerakkan badan.

 

 

CARA MENGATASI SEMBELIT?

LEBIHKAN SERAT DI DALAM DIET HARIAN ANDA

Lebihkan pengambilan serat dalam setiap hidangan. Serat banyak terdapat di dalam sayur-sayuran.

MINUM LEBIH BANYAK AIR

Wajib untuk minum sebanyak 1.5 Liter air sehari.

CUKA EPAL

Sebaik bangun tidur, minum satu sudu cuka epal. Ia meningkatkan penghasilan asid dalam perut secara tak langsung membantu penghadaman dan perkumuhan.

LEMAK YANG BERKHASIAT

Makan lemak yang berkhasiat seperti minyak zaitun, minyak macadamia, avocado, ikan sardin, ikan kembung, ikan kurau, butter dan kekacang

BUANG AIR BESAR SETIAP HARI

Ia adalah cara sebaiknya untuk mengeluarkan toksin, benda kotor dan hormon yang rosak dalam badan. Jika tidak, anda terdedah pada pelbagai masalah seperti kurang oksigen dalam darah akibat terlalu banyak toksin.

Bau mulut dan badan yang busuk, insomnia, mual dan gatal-gatal badan adalah simptom anda mengalami masalah sembelit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *