RAHSIA BERDIET DENGAN HANYA SUSU & PISANG. KESAN SEAWAL 4 HARI!

Anda ada event terdekat tetapi baju yang anda ingin pakai tak muat? Memang sangat mengecewakan! Jelas sekali, anda perlu hilangkan semua lemak itu. Senang sahaja, cuba diet susu-pisang ini. Anda perlu mengikuti diet ini selama

3 – 4 hari untuk lihat kesannya. Diet ini telah dicipta oleh Dr. George Harrop pada tahun 1934 untuk pesakit diabetes dalam mengurangkan berat badan dengan cepat. Tetapi anda mesti ingat, amalan diet ini tidak boleh diamalkan lebih daripada 4 hari. Sebelum saya kongsikan lebih banyak tips mengenai pelan diet ini, kita fahami dulu fakta kebaikan susu dan pisang.

 

Kebaikan susu dan pisang

 

Kenapa pisang?

 

  1. Kaya dengan nutrien yang pelbagai seperti vitamin, dietary fiber, mineral, terutamanya potassium (sebanyak 422mg dalam 1 pisang) yang penting bagi semua sistem dalam badan untuk berfungsi dengan baik.
  2. Mengandungi fiber (sebanyak 3gms dalam 1 pisang) yang membantu membuang toksik daripada badan.
  3. Memberikan rasa penuh yang menyebabkan seseorang untuk rasa kenyang.
  4. Sedap dan mudah untuk didapati.

 

Kebaikan susu

 

  1. Kaya dengan kalsium dan protein yang membantu untuk menguatkan tulang dan otot.
  2. Kalsium juga membantu dalam cell signaling, parathyroid, pengimbangan hormon dan mengawasi fungi protein dalam badan.
  3. Dapat kurangkan obesiti.
  4. Membantu dalam merendahkan tekanan darah tinggi, mengawalselia pengeluaran insulin dan pergerakan oksigen.
  5. Meningkatkan kadar metabolisma.

 

Kebaikan bersama pisang dan susu

 

  1. Apabila susu dan pisang dimakan bersama, tidak kira secara berasingan (makan pisang sebelum atau selepas minum susu) atau dicampurkan sekali, akan memberikan kandungan protein, vitamin, dietary fiber dan mineral yang tinggi dan sesuai untuk badan.
  2. Nutrien yang terhasil daripada gabungan susu dan pisang ini adalah cukup untuk membekalkan tenaga untuk masa 3 hingga 4 hari.

 

Ini menunjukkan diet susu dan pisang yang diambil selama 3 hingga 4 hari tidak akan membahayakan anda sekiranya anda ikut amalan ini dengan pelan diet yang bagus. Contoh pelan diet yang bagus adalah seperti:

 

Waktu Makan Apa yang perlu diambil
Awal pagi (6 pagi – 7.30 pagi) Secawan air bersama 2 sudu kecil biji Halba yang direndam semalaman
Sarapan (7 pagi – 8.30 pagi) Secawan susu + 1 biji pisang + 1 telur rebus
Pukul 10 pagi – 11 pagi 1 cawan teh hijau dan 2 biji Almond
Makan tengahari

(12.30 tengahari – 1.30 petang)

Secawan susu dan 1 biji pisang
Minum petang

(4 petang – 4.30 petang)

Secawan jus buah-buahan segar atau air kelapa
Makan malam

(7 malam hingga 7.30 malam)

1 cawan sayur-sayuran yang ditumis atau grill + 1 biji pisang + 1 cawan susu

 

 

Tips penting supaya diet susu dan pisang berkesan untuk anda

 

  1. Selain konsisten dengan diet pemakanan anda, anda juga perlu melakukan senaman ringan seperti yoga atau bermeditasi. Elakkan sukan yang berat kerana ini akan membuatkan badan anda kehilangan tenaga.
  2. Elakkan gula, makanan yang bergoreng, snek, makanan yang diproses, dan minuman bergas.
  3. Anda boleh membuat smoothie susu dan pisang sekiranya anda bosan untuk minum susu dan makan pisang secara berasingan.
  4. Minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari.
  5. Tidur 7 hingga 8 jam.
  6. Jangan terlalu stres memikirkan tentang berat badan anda.
  7. Hentikan diet ini sekiranya anda berasa terlalu lemah.
  8. Selepas hari ke-4 mengamalkan diet susu dan pisang ini, anda mesti mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta bersenam untuk mencegah berat badan naik.

 

Boleh dicuba oleh sesiapa yang ingin menurutkan berat badan dengan kadar segera. Tetapi, harus diingat:

 

  1. Anda akan merasa letih dan tidak bertenaga kerana pengambilan kalori anda turun secara drastik semasa pengamalan diet ini. Sekiranya anda tidak berupaya, anda boleh mengambil satu hidangan lengkap (nasi dan lauk) sehari sekali.
  2. Wanita tidak boleh mengamalkan diet ini semasa haid kerana diet ini kekurangan mineral seperti iron, zink, copper dan vitamin lain yang perlu diambil semasa tempoh ini. Sekiranya anda ingin melakukan diet ini juga, pastikan anda mengambil vitamin dan mineral supplement yang lain.
  3. Diet susu pisang ini tidak boleh diamalkan lebih daripada 4 hari kerana elemen penting yang diperlukan untuk badan tidak boleh didapati daripada diet ini. Diet yang diamalkan selama 4 hari boleh mengurangkan berat badan sebanyak 4kg. Sekiranya anda hendak mengurangkan lebih banyak berat badan, selepas 7 hari, barulah pelan diet ini boleh dilakukan lagi.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *