PENGORBANAN SEORANG WANITA YANG BERGELAR ISTERI.

Salam semua sahabat chaaya. Hari ni bersemangat tak atau atau sedang lemas dengan ‘persekitaran’ kita? Untuk berjaya dalam apa apa pun bidang, kita semua perlu berusaha dengan tekun dan konsisten. Tidak ada istilah hangat hangat tahi ayam.
Hari ni, saya dikejutkan dengan satu cerita yang amat sayu. Anak buah saya, yang  baru sahaja kahwin…. kira kira 6 bulan yang lepas. Suaminya kacak dan bergaya. Sama cantik… sama padan. Semua orang mendoakan  kebahagiaannnya.
Yang sadisnya, dalam tempoh suami yang amat dicintai tiba tiba terkena penyakit kulit yang teruk, di seluruh badan. Menjadi kemerah merahan dan mengelupas di seluruh badan. Pelbagai rawatan telah dilakukan. Apa yg aku fikirkan ialah… betapa anak buah aku yang masih muda untuk mengharungi dugaan ini. Ya Allah, berilah kekuatan kepadanya…
Dia perlu memandikan suaminya, memimpinnya dan menyuapkan makanan pagi dan petang. Bayangkan jika suaminya tidak sembuh. Hanya mampu terbaring… mampukah dia untuk terus bertahan menghadapi ujian tersebut.
Ya allah… terlalu berat tugas seorang isteri. Bagaimana untuk menguruskan kehidupan yang penuh cabaran begitu. Saya yakin, ramai dalam kalangan sahabat saya juga melalui pelbagai pengalaman apabila bercerita tentang rumahtangga.
Bagi yang mendapat suami yang baik, bertanggungjawab… saya yakin wanita tersebut telah mendapat kehidupan syurga di dunia. Tapi bagaimana wanita yang tidak mendapat anugerah tersebut? Hanya mereka yang mengalami, mampu untuk bercerita tentangnya.
Saya yakin, ramai yang akan tersentuh hati apabila diajukan soalan tentang pasangan masing masing. Ada yang tersenyum bahagia Tak kurang juga yang bergenang air mata. Bagi yang ada pengalaman yang indah, boleh kongsikan bersama saya… sama ada yang suka ataupun yang duka.
Bagi saya, tugas menjadi isteri bukanlah mudah untuk dipikul. Terlalu berat dan terlalu menuntut pengorbanan. Untuk kebahagiaan pasangan, saya yakin ramai yang berendam air mata dan menelan semua kepahitan.
Terus tabah wahai wanita semua. Usah dikenang perkara yang menyakitkan hati. Ingat perkara perkara yang membahagiakan. Terus tabah kerana menjadi seorang isteri ibarat menjadi lilin untuk menerangi kehidupan orang lain. Semoga yang bersabar, mendapat kehidupan syurga nanti.
Ya allah… kami hambamu semua amat perlukan hidayah dariMu ya allah.
Salam penuh barakah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *