NAK KURUS? MANA LAGI WAJIB MINUM WAKTU SARAPAN. SUSU ATAU ORANGE JUS?

MINUMAN MANA YANG LEBIH BAIK UNTUK DI AMBIL SEWAKTU SARAPAN: JUS ATAU SUSU

Jika anda merupakan seorang peminum jus, kebarangkalian anda merupakan sebahagian daripada 3/4 rakyat Malaysia yang memulakan hari mereka dengan segelas jus oren. Jus yang paling popular di negara ini. Namun, anda mesti tidak menyedari bahawa jus oren yang anda minum itu telah jalan beratus kilometer untuk sampai ke tangan anda, dan ianya mengandungi gula yang tinggi. Jadi minuman apakah yang patut anda minum sewaktu sarapan?

PILIHAN PERTAMA: JUS OREN

KELEBIHAN: Segelas jus oren selalunya mengandungi 110 Kcal. Dan Ianya akan membekalkan badan anda dengan seharian keperluan Vitamin C, anti-oksidan yang berfungsi melindungi kulit daripada sinar matahari dan otak daripada pencemaran udara dan alam sekitar seperti plumbum.

KEKURANGAN: Terlalu banyak jus oren boleh menyebabkan kerosakan serius pada enamel gigi (gigi luar yang berwarna putih). Kajian terbaru oleh Yangfeng Ren, professor dari University of Rochester Eastmen Institute for Oral Health, telah menemui bahawa jus oren boleh mengurangkan kekuatan enamel gigi sehingga 84% selepas minum 5 hari berturut-turut. Jus buah-buahan lain juga memberi kesan yang sama.

PILIHAN KEDUA: SUSU

KELEBIHAN: Segelas susu mengandungi 20% keperluan protein harian anda, dan 1/3 keperluan harian kalsium yang dicadangkan. Tambahan, Kajian terbaru menunjukkan bahawa, orang yang minum susu waktu sarapan akan kurang berkemungkinan untuk makan lebih banyak sewaktu makan tengahari. Ini adalah kerana sifat protein yang mengenyangkan dan juga kalsium yang membantu mengawal hormon yang mengawal berat badan.

KEKURANGAN: Melainkan anda mengambil susu tiada lemak (nonfat milk), Susu biasanya mengandungi lemak tepu. Dimana ianya akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung) dan menyumbang kepada penyakit berkaitan obesiti seperti diabetes.

 

JADI MANAKAH YANG PERLU DIMINUM SEWAKTU SARAPAN?

Mulakan hari anda dengan segelas susu. Ianyalebih baik untuk gigi anda kerana ianya lebih tinggi kalsium yang boleh menguatkan enamel gigi anda. Tetapi pilih susu yang organik, dimana ianya tidak bercampur dengan bahan-bahan kimia berbahaya & hormon. Susu juga akan membekalkan anda anti-oksida sepertimana jus oren. Susu organik mengandungi 75% lebih anti-oksida beta-carotene, 50% lebih vitamin E (sejenis anti-oksida yang kuat yang membantu menguatkan sistem imun badan yang boleh mencegah kanser & penyakit berkaitan jantung) dan ianya juga 2 atau 3 kali lebih anti-oksida lutien dan zeaxanthin yang mengekalkan mata untuk kekal sihat. Susu juga mengandungi 70% lebih asid lemak Omega-3.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *