KITA SEMUA SUDAH DITIPU!!!

Menurut perkongsian Dr.Siti Juariah dari Johor. Terdapat beberapa fakta yang digembar gemburkan oleh iklan yang mengatakan susu pekat manis adalah daripada susu lembu adalah tidak benar sama sekali. Susu pekat manis sebenarnya mengandungi gula semata-mata.

Berapa banyak diantara kita yang menggunakan susu pekat manis ni dalam kehidupan harian kita. Dari membuat minuman seperti teh tarik, sirap bandung, teh ais, kek, kuih-muih dan malah ada ibubapa yang bancuh susu pekat manis untuk dijadikan susu bagi anak-anak mereka.

Setelah sekian lama kita diberitahu oleh pihak syarikat pengeluar susu pekat manis yang produk mereka dihasilkan daripada susu lembu. Ini adalah tidak benar sama sekali. Susu pekat manis adalah produk yang diproses dengan menambah gula dalam kuantiti yang banyak. Gula ini akan bertindak sebagai bahan pengawet yang akan memastikan susu ini bertahan lebih lama sehingga bertahun lamanya. Akibat kandungan gula yang tinggi, mikroorganisma dan nutrisi di dalam susu mula mati dan mengekalkan tahap steril pada produk ini.

Kebanyakkan susu pekat manis yang dijual dipasaran merupakan produk sampingan daripada rong kelapa sawit yang sekali gus menafikan kewujudan susu lembu yang disejat sebagai susu pekat. Tak percaya? Tengok balik label-label pada tin susu pekat manis, kebanyakkannya akan tertera perkataan “KRIMER MANIS” & bukannya susu manis.

 

KRIMER & SUSU ADALAH 2 BENDA YANG BERBEZA!!!

 

Kandungan gula di dalam setin susu pekat manis mengandungi 45% berbanding 10% susu segar. Maka dengan ini memang sudah terbukti yang kita selama ini sudah tertipu dengan iklan yang mengatakan susu pekat manis mengandungi rendah lemak, pelbagai jenis vitamin seperti vitamin D, A dan B serta tinggi kandungan kalsium. Mana mungkin dengan 10% kandungan susu segar dapat memberikan pelbagai nutrisi tersebut.

 

Data daripada Kajian Nutrisi Dewasa Malaysia 2003 (MANS) menunjukkan bahawa setiap hari masyarakat Malaysia mengambil sejumlah 30 gram (3 sudu) susu pekat manis yang bersamaan dengan 16 gram gula. Akibat daripada tabiat pemakanan rakyat Malaysia ini, negara yang paling obesedi Asia Tenggara adalah Malaysia. Yakni bersamaan 44% lelaki & 49% perempuan di Malaysia mengalami masalah obesiti. Masalah ini juga menyumbang kepada penyakit kronik lain seperti kencing manis, darah tinggi & penyakit berkaitan dengan jantung.

 

4 daripada 7 peratus pesakit kencing manis di Malaysia turut menderita kaki atau jari yang dipotong akibat komplikasi kencing manis. Jadi nasihat saya, berpada-pada lah apabila menggunakan susu pekat manis.

 

INGAT SUSU PEKAT MANIS, INGAT DIABETES & PENYAKIT KRONIK LAIN.

Credit: Dr.Siti Juariah (Doktor Perubatan di Johor)

Ubah penggunaan susu pekat manis ke susu semulajadi. Susu yang terbukti kandungan nutrisinya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *