BIAR JALAN TEMPANG, TAPI LIPSTICK TETAP DI BIBIR.

Biar jalan tempang, gincu tetap jadi peneman… itulah wanita

Selamat Pagi semua! Hari ni semua sihat tak? Mudah-mudahan semua sihat sejahtera dan ini memudahkan kita untuk menjalankan rutin harian. Menjaga kesihatan amat penting untuk kita semua. Ingat tu… Sesiapa yang tidak menjaga kesihatan, boleh dianggap menzalimi diri sendiri. Betul tak kenyataan saya? Hmmm… yang itu, semua sahabat di luar sana yang nilaikan, mengikut pendapat masing-masing ye.

Menjaga kesihatan sebenarnya tidak memerlukan belanja yang mahal pun. Yang penting adalah kesedaran tentang kesihatan dan komitmen kita untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Lagi satu, yang penting adalah disiplin.

Kesedaran tentang kesihatan dalam kalangan masyarakat kita, boleh dikatakan amat-amat rendah. Apabila disebut sahaja makanan untuk menjaga kesihatan, ramai yang mencebikkan bibir dan menganggap perkara itu tidak penting. Semakin panjang pakar kesihatan menerangkan pentingnya kesihatan, semakin panjanglah muncung bibir merah tersebut. Hmm… mungkin mereka tidak suka ataupun kurang seronok.

Tetapi apabila disebut tentang kecantikan, ramai yang berpusu-pusu untuk ‘pasang telinga’ kerana semua orang ingin cantik. Bak ayat-ayat yang sering kita dengar, bagai muzik dan irama, tidak boleh berpisah. Begitu juga dengan wanita, tidak ada istilah berpisah dengan gincu. Kalau boleh, pada waktu itu, telinga orang lain pun ingin dipinjam agar pendengaran mereka lebih jelas.

Baru-baru ini, saya sempat menghadirikan diri dalam satu perkumpulan wanita ngo. Semua yang hadir kelihatan begitu bergaya. Saya bangga apabila melihat ramai wanita Melayu yang cantik-cantik belaka. Yang amat menyedihkan saya apabila, wanita yang berusia lingkungan awal 30-an sudah berjalan terengkot-engkot dan diabetis.

 

 

“Kenapa kaki tu puan? Terseliuh ke?” saya bertanya.
“ Taklah puan. Lutut saya ni memang dah tak kuat. Banyak sangat berjalan. Kalau nak naik tangga dah tak boleh. Nasib baik ada lif tadi. Kalau tak, sia-sia saja saya datang nak belajar kelas solekan.” Ujarnya ramah.

Saya tersenyum dan memandangnya dengan penuh simpati.

“Tak apa puan. Puan jumpa je doktor dan jaga pemakanan puan. Insyaallah baiklah tu nanti.”

“Tapi saya rasa sedih puan. Selama ni saya tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Saya ingat, apabila kita sudah dewasa, tulang kita tidak memerlukan kalsium. Rupa-rupanya salah. Menyesal juga saya. Saya ingat, pengambilan susu tin yang berkrimer, baik untuk kesihatan saya. Nampaknya, dah salah pemahaman saya…”

“Tak apa puan. Masih belum terlambat.”

Bagi saya, moleklah kita sebagai wanita ini, menjadi cantik dan juga pintar. Kepintaran kita ‘mungkin’ akan mengelakkan kita daripada terjerat kepada perkara-perkara yang kurang bijak dan tidak sihat. Tetapi kepintaran kita juga, mungkin membantu untuk kita hidup lebih sihat dan bergaya dengan sendirinya. Go… Jadilah wanita yang banyak membaca untuk lebih hebat.

Salam penuh barakah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *