KENAPA SUSU PENTING UNTUK DIMINUM SEBELUM TIDUR?

Sejak kecil lagi, kita telah diberikan susu kerana susu adalah penting untuk tumbuhbesaran tetapi selepas mencapai suatu peringkat umur, kebanyakan tidak lagi mengamalkan amalan minum susu sedangkan susu ini baik untuk semua peringkat umur. Amalan minum susu ini perlu diteruskan kerana susu memiliki nutrien yang diperlukan badan, mengandungi kandungan yang baik untuk kekal sihat, cantik dan berfungsi untuk mencegah penyakit-penyakit kronik. Selain minum susu pada waktu pagi, minum susu pada waktu malam juga perlu menjadi amalan kerana ia memberikan banyak manfaat seperti:

Tidur yang lebih nyenyak

Seperti yang kita semua tahu, tidur yang berkualiti adalah penting untuk kesihatan kita. Hal ini adalah kerana tidur yang tidak cukup atau tidur yang tidak berkualiti akan memberikan kesan negatif kepada badan kita. Bukan sahaja tidur yang tidak cukup akan menyebabkan penyakit kronik tetapi ia juga akan mengurangkan tahap metabolisma dalam badan dan membuatkan berat badan  naik dalam masa yang singkat. Antara punca utama peningkatan berat badan adalah kerana tidur yang tidak cukup dan tidak berkualiti. Ini bermaksud tidur yang berkualiti adalah kunci kepada penurunan berat badan dan tanpa tidur yang berkualiti, usaha lain yang dilakukan mungkin tidak akan membuahkan hasil.

Minum susu sebelum masuk tidur adalah baik kerana susu akan memudahkan anda untuk tidur pada waktu malam. Sekiranya anda minum segelas susu pada waktu malam, anda akan tidur dengan nyenyak dan tidak akan terjaga pada waktu malam. Hal ini adalah disebabkan tryptophan yang terkandung dalam susu. Tryptophan ini merupakan sejenis asid amino yang membantu kita untuk melelapkan mata. Bahan ini akan bertukar kepada serotonin iaitu hormon yang menyebabkan rasa gembira dan tenang. Selepas badan berasa tenang, ini akan menjadikan tidur menjadi berkualiti.

Memberikan tenaga

Sekiranya anda minum segelas susu pada waktu malam, anda akan merasa perubahannya selepas abda bangun daripada tidur. Badan akan rasa lebih bertenaga dan keletihan yang dirasai semalam akan hilang selepas mendapat tidur yang cukup dan berkualiti. Dengan itu, anda dapat memulakan hari dengan mood yang ceria dan badan akan kekal aktif sepanjang hari dan kurang berasa letih.

Mengurangkan berat badan

Adakah anda tahu bahawa secawan susu pada waktu malam boleh membuat keajaiban kepada berat badan anda? Jikapun anda tidak mengambil makan malam, susu yang penuh dengan kandungan protein dapat membuatkan anda berasa kenyang. Susu ini akan membuatkan kadar gula dalam darah terkawal supaya anda tidak berasa kerap lapar dan cepat letih pada keesokkan harinya.

Sekiranya anda seorang yang obes atau mempunyai berat badan yang lebih, adalah dicadangkan supaya minum susu tanpa lemak atau susu kurang lemak dan anda perlulah berhati-hati dengan kuantiti susu yang diminum. Ini adalah kerana secawan susu sudah cukup untuk memberikan nutrien yang diperlukan badan sekaligus dapat mengurangkan selera makan anda. Dengan ini, anda tidak perlu mengambil makanan lain kerana susu juga berupaya untuk membakar kalori dengan lebih pantas. Bagi sesiapa yang serius ingin mengurangkan berat badan, anda perlu minum susu asli seperti susu kambing tanpa menambah gula, madu atau apa-apa manisan kepada susu tersebut.

Tidak lagi sembelit

Susu juga adalah baik untuk sistem penghadaman sekiranya anda berdepan dengan masalah seperti sembelit. Adalah harus diingat yang minum susu pada waktu petang adalah tidak baik kerana ini akan membuatkan badan anda untuk sukar menghadam makanan. Oleh itu, adalah dinasihatkan supaya mengambil secawan susu yang suam 2 atau 3 jam sebelum tidur.

Lindungi diri daripada penyakit jantung

Kajia juga telah menunjukkan bahawa secawan susu pada waktu malam akan mengurangkan bad cholesterol yang akan menyebabkan masalah jantung. Selain itu, ia juga akan mengurangkan risiko serangan jantung dan penyakit-penyakit lain.

Menghalang diabetes

Diabetes jenis type 2 diabetes juga dapat dielakkan. Tetapi ia adalah penting untuk mengambil susu tanpa sebarang tambahan lain. Hal ini adalah kerana dengan menambah gula, ini mungkin memberikan kesan yang sebaliknya kepada kesihatan anda.

Kesihatan tulang

Oleh sebab jumlah asid amino dan kalsium yang tinggi dalam susu, ini akan menjadikan tulang anda semakin kuat. Dengan ini, dapat mengurangkan risiko penyakit tulang rapuh.

Penampilan yang menarik

Minum susu sebelum tidur akan membantu kulit anda kelihatan sihat dan berseri serta gigi juga akan kelihatan lebih putih dan bersinar. Disebabkan kadar protein yang tinggi dalam susu, susu akan menguatkan lagi gigi anda. Kajian menunjukkan bahawa meletakkan susu pada kulit sebelum tidur akan memberikan banyak kesan positif. Begitu juga dengan minum susu pada waktu malam, akan membuatkan anda tampak lebih muda kerana susu memastikan kolagen pada kulit tidak hilang. Jadi dengan meminum susu, tanda-tanda penuaan seperti kedutan dapat dielakkan.

KESIMPULAN

Banyak kebaikan yang dapat diperoleh sekiranya minum susu pada waktu malam, tetapi adalah penting untuk minum susu yang suam kerana susu yang sejuk mungkin tidak akan memberikan kesan dan kebaikan yang sama seperti susu suam. Susu tersebut mestilah diminum 2 atau 3 jam sebelum tidur dan susu tersebut  mestilah kurang lemak seperti Susu Kambing Chaaya yang sememangnya baik untuk kesihatan. Jika anda hendak merasai sendiri kebaikan penuh minum susu sebelum tidur, susu kambing Chaaya adalah pilihan terbaik untuk anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *