KENAPA SUSU KAMBING MUDAH DIHADAM?

KENAPA SUSU KAMBING LEBIH MUDAH DIHADAM BERBANDING DENGAN SUSU LEMBU?

 

SAIZ MOLEKUL YANG LEBIH KECIL.

Molekul lemak di dalam susu kambing lebih kecil berbanding dengan saiz molekul lemak di dalam susu lembu. Secara logiknya, makin besar sesuatu saiz makanan, makin banyak masa yang diambil untuk dicernakan. Maka, saiz molekul lemak yang lebih kecil lebih mudah dihadam.

RENDAH KANDUNGAN LACTOSE (GULA DALAM SUSU)

Dalam badan kita menghasilkan enzim yang membantu menguraikan makanan dalam badan. Susu kambing mengandungi kandungan lactose yang lbebih sedikit berbanding dengan susu lembu. Ini menyebabkan makanan lebih mudah diurai oleh perut. Maka lebih kurang enzim yang diperlukan untuk mengurai lactose.

 

KURANG KESAN ALERGI KERANA KANDUNGAN PROTEIN

Salah satu punca alergi dikalangan kanak-kanak dibawah umur 3 tahun adalah alergi berkaitan dengan produk tenusu. Ianya banyak dikaitan dengan sejenis protein susu yang disebut sebagai Alpha s1 casein. Kandungan Alpha s1 casien di dalam susu kambing 89% lebih kurang berbanding susu lembu. Ini menyebabkan susu kambing lebih baik untuk kankak-kanak, berbanding dengan susu formula berasaskan susu lembu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *