KENAPA PROTIEN PENTING UNTUK KITA?

Kenapa kita perlu mengambil berat dalam memastikan badan kita mendapat keperluan protein yang mencukupi?

Berikut adalah empat sebab terbaik:

  • Ianya merupakan komponen bagi setiap sel dalam tubuh badan anda. Malah rambut & rambut juga diperbuat daripada protein.
  • Ianya digunakan untuk membina dan membaiki tisu dalam badan anda.
  • Ianya diperlukan untuk membentuk enzim-enzim, hormon dan bahan kimia lain yang diperlukan oleh tubuh anda untuk berfungsi dengan baik.
  • Ianya merupakan bahan yang penting untuk membina tulang, otot, rawan, kulit dan darah.

PROTIEN – MAKRONUTRIEN UTAMA

Seperti karbohidrat dan lemak, protein adalah “makronutrien,” yang bermakna anda memerlukan jumlah yang agak besar untuk kekal sihat. (Vitamin dan mineral, yang anda hanya perlukan dalam kuantiti yang kecil, dipanggil “mikronutrien.”)

Tidak seperti karbohidrat dan lemak, badan anda tidak menyimpan protein, jadi badan kita tidak mempunyai simpanan atau takungan untuk mengambil protein apabila badan kita memerlukannya. Jadi minuman tambahan seperti susu kambing adalah cara terbaik untuk memastikan anda mendapat jumlah protein yang tepat.

Protein berasal dari pelbagai sumber, termasuk daging, susu, ikan, soya, dan telur, serta kekacang. Apabila protein dicerna, mereka meninggalkan asid amino, yang diperlukan oleh tubuh manusia. Sumber protein berkualiti tinggi yang secara semula jadi boleh dijumpai dalam susu, terutamanya susu kambing. Ianya adalah protein lengkap dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda.

Apakah kebaikan lain yang boleh diperolehi daripada protein?

  • mempercepatkan pemulihan badan selepas bersenam
  • mengurangkan kehilangan otot
  • membina otot tanpa lemak
  • membantu anda mengekalkan berat badan yang sihat
  • mengawal kelaparan
  • penambah tenaga semulajadi

Siapakah yang wajib memastikan kandungan protein dalam badan sentiasa mencukupi?

  • Mereka yang menjalani kehidupan yang aktif
  • Ahli-ahli gym
  • Yang inginkan berat badan ideal tanpa perlu mengambil bahan berbahaya
  • Mereka yang inginkan badan yang sihat dan bertenaga
  • Ibu mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *