KENAPA KITA WAJIB MAKAN SECARA SIHAT

5 SEBAB KENAPA PERLU MAKAN SECARA SIHAT

Diet yang dibangunkan melalui pemilihan makanan sihat yang banyak dapat mendatangkan hasil seperti mengurangkan berat badan, peningkatan tenaga dan menghalang penyakit. Diet yang sihat akan membenarkan anada untuk makan makanan yang tidak sihat sekali-sekala. Gaya hidup yang sihat adalah mengenai keseimbangan bukannya kelaparan.

1. PENGURANGAN BERAT BADAN : Makan secara sihat dapat menggalakkan penurunan berat badan kerana penukaran daripada makanan ringan yang tidak sihat kepada alternatif sihat yang dapat mengurangkan pengambilan kalori. Makanan ringan selalunya terdiri daripada kalori kosong. Makanan yang tinggi dalam tenaga tetapi rendah khasiat seperti vitamin, mineral dan anti-oksida. Membuat pilihan bijak dalam pemilihan makanan (menggantikan donat, air bergas, gula-gula & fastfoods kepada pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan,sayur-sayuran dan sebagainya) mengurangkan pengambilan kalori yang boleh membantu mengurangkan berat badan. Menggantikan makanan yang tidak sihat kepada yang sihat merupakan langkah termudah dalam mengurangkan pengambilan kalori.

2. TENAGA : Makanan yang sihat membekalkan tenaga yang lebih lama supaya kita dapat menjalankan aktiviti harian secara lebih optimum seharian. Makanan ringan pula menghasilkan tenaga yang tinggi pada satu jangkamasa yang pendek dan selalunya akan diakhiri dengan keletihan pada badan. Makanan yang tinggi dengan gula selalunya membekalkan tenaga dalam jangkamasa yang pendek kerana Ianya dicernakan dengan lebih cepat. Makanan yang sihat pula selalunya akan mengambil masa untuk dicernakan, makanya ianya membekalkan tenaga pada badan kita pada jangkamasa yang lama selama proses pencernaan makanan itu sedang berjalan.

3. MEMBINA OTOT : Selalunya, proses membina otot & meningkatkan berat badan adalah alasan utama untuk makan apa sahaja tanpa berpada. Meningkatkan berat badan memerlukan gabungan lebih banyak makanan (lebihan kalori) dan latihan kekuatan. Makan terlalu banyak makanan ringan akan membentuk lebihan lemak kerana makanan ringan selalunya tinggi dengan kalori. Makan hidangan yang besar juga tidak baik hanya untuk meningkatkan pengambilan kalori. Adalah lebih afdal, makan hidangan yang kecil secara kerap kerana ini membenarkan badan untuk menggunakan tenaga sepanjang hari.

4. NAMPAK CANTIK & KACAK : Makanan ringan menyebabkan pengumpulan lemak kerana ianya tinggi kandungan kalori. Menggantikan makan ringan yang selalu dimakan dengan pilihan yang lebih sihat adalah cara termudah untuk mengurangkan pengambilan kalori yang menyebabkan penurunan berat badan.

5. KESIHATAN : Sebab yang paling penting adalah untuk kekal dalam keadaan yang sihat. Jenis makanan yang kita makan memberi kesan keseluruhan pada kesihatan kita. Lemak tidak tepu membekalkan perlindungan daripada penyakit berkaitan jantung. Serat merendahkan kolesterol & tekanan darah dan juga mencegah beberapa jenis kanser. Buah-buahan & sayur-sayuran tinggi dengan anti-oksida yang mana melindungi kita daripada pelbagai jenis kanser.

KESIMPULAN

Makan secara sihat dapat mencegah penyakit, meningkatkan penampilan dan membantu dalam penurunan berat badan. Jangan keliru mengenai diet sihat dengan melaparkan diri atau berpuasa daripada makanan yang kita suka. Diet yang seimbang kadang-kadang memberikan kita pilihan untuk makan makanan kegemaran kita juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *