KENAPA KITA PERLU MINUM SUSU SETIAP HARI?

Minum susu setiap hari bukanlah amalan rakyat malaysia. Kita lebih gemar minum minuman yang manis seperti teh tarik, milo berbanding susu. Akibatnya rakyat Malaysia telah dianugerahkan sebagai Rakyat yang paling obese di Asia. Tak percaya? Pergi google.

Jadi kenapa kita perlu berubah kepada mengamalkan minum susu setiap hari?Jom baca sebab musababnya dibawah.

Bukan mudah untuk senangkan.

 

MAMPU MENURUNKAN BERAT BADAN

Pada sesiapa yang ingin FIT & SIHAT, minum susu setiap hari dapat menggalakkan penurunan berat badan & juga mampu menjadi bahan yang membakar lemak pada wanita.

Menurut pakar nutrisi daripada Amerika Syarikat, minum 3 gelas susu sehari dapat menghilangkan lemak dengan mudah dalam satu jangkamasa yang panjang. Sekiranya mereka mengamalkan diet yang sihat dan menjalani kehidupan yang aktif.

 

SUMBER PROTEIN YANG BAIK

Kandungan protein dalam susu dapat menghalang daripada sindrom terlebih makan. Protein melambatkan proses pencernaan makanan, membantu kita lebih mudah berasa kenyang pada masa yang lama.

 

KURANGKAN KALORI LEBIHKAN NUTRISI & KHASIAT

Mengira jumlah kalori memang penting dalam berdiet. Susu membekalkan protein tambahan bagi mereka yang nak sihat dan kelihatan cantik, ianya juga membekalkan lebih khasiat dengan jumlah kalori yang lebih kecil.

Susu Chaaya membekalkan 150kcal setiap hidangan.

 

 

BANTU MEMBINA OTOT

Kandungan protein di dalam susu adalah penting bagi pembentukkan otot. Sumber protein daripada Haiwan lebih mudah diserap tubuh dan Ianya dapat membantu mengekalkan bentuk badan dalam jangka masa yang panjang.

Digalakkan untuk minum susu selepas bersenam.

 

SUMBER KALSIUM TERBAIK

Fakta paling mudah, Susu memang penuh dengan kalsium (kaya dengan pelbagai khasiat lain). Ianya juga kaya dengan nutrisi yang membekal tenaga seperti Karbohidrat, protein & lemak dan juga vitamin-vitamin dan zat-zat seperti kalsium & Vitamin D.

Kalsium baik untuk tulang yang kuat.

 

MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

Wanita mengalami penurunan kadar metabolisme seiring dengan peningkatan usia. Kekuatan tulang juga berkurang dan meningkatkan risiko penyakit osteoperosis.

Tetapi kombinasi kalsium & vitamin D yang terkandung di dalam susu, memainkan peranan penting dalam menguatkan tulang kita. Tulang yang kuat seperti orang muda.

 

MENCEGAH PELBAGAI PENYAKIT

Susu bukan Sahaja baik untuk kesihatan tulang, membantu mengurangkan berat badan & mengekalkan jisim otot.

Ada Kajian menunjukkan bahawa kandungan nutrisi yang terkandung di dalam susu seperti Vitamin A, K2 dan Asid lemak Omega -4 boleh mencegah penyakit seperti diabetes, kanser dan penyakit jantung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *