5 SEBAB KENAPA IBU HAMIL WAJIB MINUM SUSU

Susu mempunyai kandungan nutrisi yang banyak yang diperlukan oleh seorang ibu hamil dan ianya sangat penting dalam pertumbuhan dan pembentukan tubuh dan otak bagi bayi dalam kandungan. Kerana manfaat yang tinggi, wanita hamil disaran menjadikan susu sebagai amalan harian sewaktu proses kehamilan. Kandungan nutrisi seperti kalsium, protein dan juga pelbagai vitamin dalam susu dangat penting untuk perkembangan bayi dalam kandungan. Bagi anda yang masih tidak mahu minum susu sewaktu kehamilan, berikut adalah 5 sebab kenapa ibu hamil wajib minum susu yang mesti anda ketahui.

1. PEMBEKAL PROTEIN

Jika anda mengalami kekurangan protein sewaktu kehamilan, anda akan mengalami penurunan berat badan yang boleh membahayakan kandungan. Kandungan protein dalam susu juga baik untuk menguatkan rahim dan mampu melancarkan peredaran darah serta menyihatkan payudara anda.

 

2. SUMBER VITAMIN D YANG BAIK

Sumber vitamin D yang terbaik bagi ibu hamil adalah susu. Vitamin D sangat diperlukan untuk dapat mencegah ricketts dan juga berat badan bayi yang rendah. Meminum susu boleh membekalkan vitamin D pada anda sekitar 59%.

3. MENGHIDRATKAN TUBUH

Susu merupakan minuman yang sangat bermanfaat untuk dapat menghidrat tubuh dengan sangat baik. Sehingga Anda juga akan terhindar dari masalah dehidrasi selama kehamil.

4. TINGGI KALSIUM

Sewaktu proses kehamilan, kalsium adalah salah satu zat yang perlu dalam tubuh anda. Apabila anda kekurangan kalsium, maka hal tersebut akan memberikan kesan yang kurang baik dan cukup besar untuk tumbesaran dan kesihatan bayi dalam kandungan anda. Oleh sebab itu anda yang sedang hamil disarankan untuk minum 3 cawan susu setiap hari.

5. MEREDAKAN KEMUALAN (MORNING SICKNESS)

Ketika sedang hamil, mual atau morning sickness merupakan masalah biasa yang sering dihadapi oleh ibu hamil. Tapi anda boleh meredakannya dengan rutin meminum susu sejuk yang sangat bermanfaat untuk dapat meringankan mual atau masalah pening kepala.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *