Jeragat burukkan wajah? Putih telur dan pisang boleh membantu anda!

Jeragat dan pigmentasi merupakan antara masalah kulit wajah yang sering dihadapi oleh kaum wanita berbanding lelaki. Jeragat yang juga dikenali sebagai ‘Melasma’ ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan berlaku disebabkan nutrisi tidak seimbang yang menyebabkan sel kulit kehilangan kolagen, protein, elastin serta berlaku penghidratan pada kulit wajah.

Jeragat biasanya terkumpul di muka biasanya dan biasanya berkelompok, baik di pipi, di dahi atau dagu. Ia Cuma boleh dikurangkan sedikit demi sedikit namun ia tidak boleh dipulihkan sama sekali. Jeragat tidak berbahaya namun ia menyebabkan wajah menjadi kusam dan kotor.

 

Tip kurangkan jeragat dan pigmentasi

  • Amalkan pemakanan seimbang yang lengkap dengan nutrisi penting untuk kulit, terutamanya protein.
  • Lindungi kulit dari sinaran UV dengan menggunakan krim pelindung UV
  • Elakkan penggunaan kosmetik yang tidak berkualiti dan mengandungi toksik atau merkuri.

 

Petua tradisional

Petua 1 : Kulit pisang berangan

Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat dan biarkan selama 5 minit. Bersihkan wajah dengan air bersih dan lapkan sehingga kering.

Petua 2: Putih telur

Ambil sebiji telur dan asingkan putih telur. Rendam tisu atau kapas muka dalam putih telur dan tekapkan pada wajah anda. Biarkan sehingga tisu menjadi kering. Bilas wajah dengan air bersih.

Petua 3: Sireh muda

Ambil beberapa helai sirih muda, bersihkan dan simpan dalam peti sejuk. Ambil sehelai daun sirih yang telah sejuk dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut. Lakukan setiap hari.

 

Petua 4: Daun betik+beras+kulit kayu manis

Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, 1 inci kulit kayu manis dan sedikit air. Rendam beras dengan air untuk semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Sapukan di seluruh wajah dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Setelah itu, lembabkan wajah dan gosok dengan perlahan menggunakan air suam supaya wajah lebih segar.

Petua 5: Hampas kelapa

Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu untuk menghilangkan jeragat dan menjadikan kulit wajah lebih halus dan gebu.

Cuba petua-petua di atas. Insyaallah wajah anda akan kembali bersih, cantik dan berseri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *