JANGAN PERNAH BERHENTI : 11 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM BERDIET.

Apabila kita bercakap pasal penurunan berat badan, hampir kesemua pakar bersetuju pemakanan yang sihat lebih terbukti berkesan berbanding dengan senaman. Mereka yang bersenam secara kerap selalu makan apa yang mereka mahukan. Tetapi pemakanan yang seimbang dan sihat yang akan memberikan anda bentuk badan yang di idamkan.

Sebab itulah, mereka yang mengamalkan pemakanan secara sihat akan kekal hidup lebih lama berbanding yang tidak.

 

1. GAGAL? OK JER

Apabila orang mula mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, mesti selalu terfikir yang “Alaaaa, aku dah tak boleh nak makan cheese kek tu la…” atau “Huhuhu, tak boleh makan gulai lemak cili api daging salai”. Tapi bila mereka dah termakan makanan macam tu, dah mula rasa diet diorang fail, GAGAL. Jangan macam tu, kadang-kadang manusia yang berjaya tu tahu, kesilapan atau kegagalan itu bukanlah kiamat. USAHA TANGGA KEJAYAAN…

 

2. MAKAN SECARA SIHAT DAPAT JIMAT DUIT.

Orang selalu ingat, makan secara sihat ini mahal. Tengok bahan-bahan dalam buku resipi tu semuanya mahal. Siapa yang nak beli avocado setiap minggu. Koyak poket. Untuk pengetahuan, sebenarnya makan secara sihat boleh bantu anda semua save duit tau. Tapi dengan syarat prepare makanan sendiri.

Kenapa saya cakap dapat save duit? Kita beli barang dapur kita secara mingguan. Ayam , Ikan dan sayuran2. Jgn beli dah process food. Just fokus pada makanan segar. Nak sediakan semua makanan sihat tak perlukan banyak garam, gula atau pun minyak sis..Nampak tak macam mana kita boleh save duit kat situ?

 

3. PERUBAHAN KECIL, KESAN BESAR

Apa yang saya maksudkan perubahan kecil disini adalah seperti mengurangkan pengambilan makanan yang diproses. Macam ni lah, next time bila pergi supermarket cuba elakkan daripada membeli nugget, burger, hotdog & sebagainya.

Start small, janganlah terus buang semua nugget & burger (Process Food) sekali gus. Mula kan secara perlahan-lahan. Maybe minggu ni stop makan jajan goreng & start lebih kan sayur. Next week lain plak. asalkan ada progress. Boleh?

4. ANDA MERASAI PERUBAHAN DENGAN SEGERA

Mengubah diet kepada lean protein, sayuran & buahan, badan akan terasa lebih ringan dan tenaga. Kebergantungan badan terhadap gula juga akan berkurangan yang menyebabkan masalah migrain/ sakit kepala dapat dikawal.

 

5. DIET SECARA SIHAT BUKAN BERMAKSUD MENGURANGKAN MAKAN, TAPI BOLEH JUGA MENAMBAH MAKANAN.

Apabila badan terasa lapar, lebihkan makan makanan yang sihat seperti buah-buahan & sayur-sayuran. Dengan penambahan makanan sihat, keperluan untuk makan makanan ringan (junk food) adalah terbatas.

 

6. MAKANAN PEMBEKAL TENAGA

Kita kena tengok makanan sebagai pembekal tenaga. Tenaga yang membantu badan kita berfungsi dengan lebih baik. Bukannya sebagai agen untuk kenyangkan perut. Bila badan rasa penat, kita makan.

 

7. MAKANAN BERKHASIAT PUN SEDAP LA.

Selalu orang ingat makanan berkhasiat/sihat ni tak sedap. Bila otak kita dah set macam tu, itu yang menyebabkan kita susah sangat nak makan makanan sihat. Sekarang dalam dunia internet ni, punyalah banyak resipi makanan sihat. Google mesti ada. At least cuba dulu, sebelum judge.

 

8. SAIZ HIDANGAN (IT’S DOES MATTER)

Saya pernah terbaca satu artikel dulu. kalau kita nak makan, pastikan pinggan kita tu kecik. PInggan kecik jadi jumlah makanan pun kecik kan. In a way, otak kita juga terlatih untuk kata “Owh dah banyak ni makanan dlm pinggan aku, so cukuplah” walaupun pinggan tu kecik. Betul tak?

 

9. BERI PERHATIAN PADA PERUBAHAN EMOSI KITA

Siapa sini “stress eating”? Itu sebab kita kena fokus pada sifat/ pola pemakanan kita. Fokus pada pemakanan sihat bila kita stress. Jangan makan makanan yang tinggi lemak dan gula. Maybe bila “stress eating” instead of makan cheese cake, kita makan epal?

 

10. BE CREATIVE!

Siapa yang tak bosan dengan makan makanan yang sama setiap hari. Bila kita dah mula bosan dengan makanan kita, cuba google resipi-resipi baru dalam internet. Be creative. Tak semestinya kena makan sayur kukus setiap hari.

 

11. INI BUKAN DIET.

Dalam kepalaa kita mesti set “ini bukan diet” tapi set sebagai “Kaedah kehidupan”.  Sama macam kita solat 5 kali sehari. Kewajiban kita dengan badan sendiri.

Diet akan berhenti apabila kita sampai ke berat badan idaman kita. So lepas dah capai berat badan idaman, kita makan benda yang bukan-bukan balik. Berat badan pun naik balik. So the cycle never stop.

Sebab tu saya cakap, INI BUKAN DIET, TAPI PERUBAHAN KAEDAH KEHIDUPAN.

 

 



	
	

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *