CEGAH OSTEOPOROSIS DENGAN DIET YANG BETUL?

Sesetengah makanan boleh membantu untuk mencegah osteoporosis. Ketahui bagaimana mendapatkan nutrisi-nutrisi penting yang boleh membantu membina tulang yang lebih kuat.

Osteoporosis merupakan penyakit yang berkaitan dengan kehilangan tulang atau penurunan ketumpatan tulang dan tisu. Osteoporosis lebih kerap dialami oleh wanita berbanding lelaki. Adalah normal untuk kehilangan ketumpatan tulang apabila umur meningkat, tetapi sesetengah orang mengalami risiko kehilangan yang lebih tinggi berbanding yang lain yang bakal membentuk osteoporosis. Namun, anda boleh merendahkan risiko tersebut dengan mengamalkan diet yang kaya dengan nutrisi-nutrisi yang dapat membantu tulang anda kekal sihat dan kuat.

 

MENCEGAH OSTEOPOROSIS MELALUI DIET HARIAN : KALSIUM

Makan makanan yang tinggi kalsium. Kalsium adalah penting bagi kesihatan tulang. Badan menggunakan dan kehilangan kalsium setiap hari. Jika lebih banyak kalsium hilang daripada yang diganti, kehilangan tulang akan berlaku.

Disebabkan oleh badan tidak menghasilkan kalsium, bekalan kalsium mestilah datang daripada makanan yang kita makan. Jumlah kalsium yang diperlukan dalam diet Harian :

50 tahun dan keatas : 1,200 miligram sehari

19 tahun – 50 tahun  : 1,000 miligram sehari

9 tahun – 18 tahun    : 1,300 miligram sehari

Makanan tenusu merupakan makanan yang kaya dengan kalsium. Selain daripada itu, ianya jua kaya dengan pelbagai nutrisi seperti fosforus.

Sayuran Hijau mengandungi 150 hingga 270 mg kalsium setiap hidangan. Antara sumber lain adalah seperti ikan sardin, salmon, tofu dan almond.

 

MENCEGAH OSTEOPOROSIS MELALUI DIET HARIAN : PROTEIN

Protein merupakan nutrisi yang paling penting bagi kesihatan tulang selepas kalsium. Sumber protein yang baik adalah seperti:

  1. Daging, ayam & ikan
  2. Kekacang
  3. Produk tenusu
  4. Telur

Disebabkan diet yang rendah & tinggi protein boleh memberi kesan pada badan anda untuk menggunakan kalsium, mengambil protein dalam kuantiti yang berpatutan adalah cara yang terbaik. Jumlah keperluan protein harian:

Wanita berusia 19 tahun dan keatas : 46 gram per hari

Lelaki berusia 19 tahun dan keatas : 56 gram per hari.

 

 

MENCEGAH OSTEOPOROSIS MELALUI DIET HARIAN: NUTRISI-NUTRISI LAIN

Vitamin D penting bagi memastikan penyerapan kalsium yang mengelakkan kehilangan tulang. Keperluan harian bagi Vitamin D:

50 tahun kebawah 400 hingga 800 International Units (IU)

50 tahun keatas 800 hingga 1000 IU

Hanya dengan keluar dari rumah dan mendapatkan cahaya matahari selama 15 minit setiap hari, keperluan Vitamin D anda telah pun mencukupi. Namun, amalkan minum susu untuk kalsium, anda juga akan mendapatkan Vitamin D yang selalunya ditambah sekali di dalam susu.

Antara makanan yang kaya dengan VItamin D

  1. Kuning Telur
  2. Ikan laut
  3. Hati

Magnesium, zink, zat besi, florida, vitamin A & C juga memainkan peranan penting dalam mencegah osteoporosis. Makan makanan yang seimbang yang mengandungi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, whole grains, daging, kekacang akan memastikan anda dapat apa yang anda perlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *