BREAKFAST: PILIH TELUR ATAU MINUM SUSU?

Bangun pagi sahaja perut dah berkeroncong, minta makanan. Walaupun sudah makan malam, kalau masuk tidur lambat, mesti perut minta diisi lagi. Oleh sebab makanan pun tiada dan malas untuk buat makanan pada tengah malam, perut yang merungut tadi dibiarkan sahaja sampai rasa ngantuk tadi hilang kerana rasa lapar yang teramat. Selepas itu, macam-macam pergerakan dilakukan, pusing kiri pusing kanan, tutup muka dengan bantal sampai badan jadi letih sehingga tertidur dengan sendiri akhirnya.

Apabila sudah pagi, perkara pertama yang dirasakan selepas membuka mata adalah ‘Lapar, lapar dan lapar’. Bila sudah lapar, apa makanan pun akan dimakan tidak kira sedap atau tidak sedap, apatah lagi nak fikir sihat atau tidak makanan itu, memang tidak akan terjadi. Apa yang penting, mahukan rasa kenyang itu. Bila bangun pagi dah rasa lapar, badan pun rasa tidak bertenaga dan rasa nak sambung tidur balik. Sebagai wanita, macam-macam perlu dibuat, buat sarapanlah, mengemaslah dan macam-macam lagi. Tetapi macam mana nak buat semua tugasan, kalau diri sendiri pun rasa tidak bermaya. Bila rasa badan tidak bermaya, mulalah nak naik angin pagi-pagi.

Tetapi apakan daya, perut yang lapar memang boleh buat orang menjadi pemarah. Mana tidaknya, bila rasa lapar, perut akan rasa kosong sehingga rasa tidak selesa yang teramat sangat. Belum lagi dikira jika kelaparan tersebut sampai melahirkan bermacam bunyi, lagi mood nak membuat apa-apa pekerjaan, jadi hilang.

Dengan perut yang rasa lapar ini, jika diberi pilihan untuk makan telur atau segelas susu, manakah yang menjadi pilihan anda? Walaupun rasa lapar ini boleh membuatkan kita tidak berfikir panjang dan menjamah apa sahaja makanan yang ada di depan mata, tetapi perkongsian ini seharusnya diambil perhatian.

 

SUSU DAN TELUR

  1. Segelas susu lembu yang berjumlah 250ml dapat memberikan 7 gram protein manakala susu kambing pula akan memberikan 10.9 gram protein berbanding  4 biji telur yang dapat memberikan 6 gram protein.
  2. Mana yang lebih mudah untuk diambil? Lebih mudah untuk minum susu sebenarnya kerana ianya pilihan yang lebih bijak dan berkhasiat. Susah-susah makan 4 biji telur dan dapat 6g protein sahaja berbeza dengan minum susu yang jauh lebih mudah dan nutrisi yang diperoleh pula lebih tinggi.
  3. Telur juga penyumbang kepada kolestrol. Mengikut kajian, bilangan telur yang boleh diambil dalam seminggu adalah 4 biji sahaja.  Sekiranya ingin makan lebih banyak telur, hanya telur putih sahaja boleh dimakan.
  4. Oleh itu, susu memang pilihan yang terbaik semasa lapar kerana kandungan protein yang tinggi dan kandungan lemak yang kurang dapat mengeyangkan perut di samping banyak kebaikan lain juga diperoleh apabila minum susu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *