ALA KENAPA BADAN TETIBA NAIK NI?

Bila berat badan naik, kita pun start risau. Mana taknya, takut terkena pelbagai jenis penyakit yang boleh bawa kepada kematian kalau berat badan naik terutamanya apabila obesiti. Namun masalah utama rakyat Malaysia ni, bila kita dah jaga pemakanan kita, diet dah tip top…tup tup berat badan still meningkat naik. Itu yang boleh bawak stress level meningkat.

Berikut adalah punca peningkatan berat badan secara tiba-tiba:

 

1. KURANG TIDUR

Apabila kita kurang tidur, badan akan menghasilkan lebih banyak hormon yang seterusnya meningkatkan rasa lapar sewaktu kita sedang berjaga. Sewaktu kita sedang berjaga ini lah yang kita selalu makan snek-snek yang memberikan kesan pada berat badan kita.

 

2. STRESS

Ketika terjadinya stress dapat meningkatkan nafsu makan sehingga dapat makan apapun di depan mata untuk menenangkan diri, menaiknya nafsu makan kerana meningkatnya hormon kortisol sewaktu kita sedang stress.

 

3. UBAT-UBATAN

Mengambil ubat seperti ubat anti depresi, steroid dan ubat-ubatan lain yang boleh memberikan kesan sampingan pada berat badan meningkat, disamping itu, ubat tersebut mempunyai kesan samping seperti meningkatkan nafsu makan yang boleh menyebabkan penumpuan lemak di bahagian tubuh seperti di kawasan perut, dan juga wajah.

 

 

4. PEMANIS TIRUAN

Pemanis tiruan akan meningkatkan nafsu makan secara berlebihan kerana gula buatan membingungkan otak di mana otak akan menafsirkan perbezaan antara gula dan pemanis tiruan di mana otak kanan menolak rasa pemanis tiruan mengandung banyak kalori, sehingga otak tidak memberikan perintah untuk berhenti makan, sehingga konsumsi yang berlebihan yang membuat berat badan naik.

 

5. ASIN

Makanan asin meningkatkan berat badan naik, ketika makan asin, anda akan sering haus dan menyebabkan berat air dalam tubuh sehingga berat badan tiba-tiba naik, namun jangan khawatir air dalam tubuh tidak menjadi lemak, jika anda berhenti makan-makanan asin maka air pun juga akan keluar dari tubuh anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *