5 SEBAB KENAPA PERLU MAKAN SECARA SIHAT

Kenapa kita wajib makan secara sihat? Diet yang berasaskan makanan secara sihat mempunyai pelbagai kebaikan termasuklah dapat mengurangkan berat badan, penambahan tenaga dan juga mampu mencegah penyakit. Diet melalui pemakanan sihat akan membenarkan anda untuk makan makanan kegemaran anda. Ini adalah kerana pemakanan secara sihat merupakan pemakanan yang seimbang dan bukannya menyebabkan anda berlapar.

1. MENGURANGKAN BERAT BADAN

Makan secara sihat menggalakkan penurunan berat badan kerana perubahan pengambilan makanan ringan (junk food) kepada alternatif lain yang dapat mengurangkan kalori. Makanan ringan diklasifasikan sebagai makanan yang tanpa khasiat penting seperti vitamin, mineral, fiber & zat-zat penting lain. Memilih makanan sihat secara bijak (menggantikan makanan seperti kuih-muih,coklat, air tin berkarbonat & fast food kepada buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang & roti gandum) dapat mengurangkan kalori yang seterusnya boleh menurunkan berat badan. Menggantikan makanan yang tak berkhasiat kepada makanan yang sihat adalah cara yang paling mudah untuk menurunkan berat badan dengan memastikan kandungan kalori dalam badan rendah.

2. TENAGA

Makanan sihat dapat membekalkan tenaga berpanjangan supaya badan anda berfungsi secara optimal sepanjang hari. Makanan ringan akan menyebabkan pertambahan tenaga secara mendadak dan ianya akan hilang dalam masa yang cepat. Ini menyebabkan badan akan rasa cepat penat. Makanan ringan mengandungi kandungan gula & lemak yang tinggi. Makanan yang tinggi dengan gula juga lebih cepat dicernakan. Pencernaan yang cepat akan menyebabkan badan mempunyai tenaga berlebihan dalam masa yang singkat. Makanan yang sihat lebih pula akan mengambil masa yang lebih lama untuk dicernakan lantas sewaktu proses pencernaan, ianya akan membebaskan tenaga untuk badan anda yang menyebabkan badan anda sentiasa rasa bertenaga.

 

 

3. MEMBENTUK OTOT

Selalunya apabila kita bercakap mengenai penambahan berat badan untuk proses pembentukan otot, adalah alasan untuk kita makan apa-apa sahaja. Menambah berat badan memerlukan kombinasi makanan yang tinggi kalori dan tenaga. Namun apabila makan terlalu banyak makanan ringan akan membentuk lemak berlebihan. Hidangan yang besar juga adalah tidak baik kerana ianya juga akan meningkatkan kandungan kalori. Sebaiknya untuk makan hidangan yang lebih kecil secara kerap agar badan dapat menggunakan tenaga yang dihasilkan. Tumpukan makanan yang mengandungi lemak tidak tepu, karbohidrat tinggi dan protein tinggi.

 

4. LEBIH CANTIK & BERGAYA

Makanan ringan selalunya mengandungi lemak tepu yang tinggi yang akan berkumpul disetengah bahagian badan yang akhirnya menyebabkan badan anda menjadi tidak menarik. Menggantikan makanan ringan yang kerap anda makan dengan makanan yang lebih sihat akan menyebabkan penurunan berat badan dan pengurangan lemak di dalam badan.

 

5. KESIHATAN

Sebab utama anda perlu memulakan amalan makan makanan secara sihat adalah untuk mendapatkan kesihatan badan yang paling optimal. Jenis makanan yang dimakan mempunyai impak yang besar terhadap kesihatan badan anda. Lemak tidak tepu memberikan perlindungan pada badan terhadap penyakit berkaitan jantung (kardiovaskular). Makanan yang tinggi serat (fiber) berfungsi untuk merendahkan kandungan kolesterol dan tekanan darah yang boleh menyebabkan beberapa jenis kanser. Buah-buahan & sayur-sayuran pula kaya dengan anti-oksidan yang dipercayai pakar dalam menghalang pelbagai jenis penyakit kanser.

 

Secara kesimpulannya, makan secara sihat dapat mengelakkan anda daripada terkena penyakit berbahaya, mengurangkan berat badan dan meningkatkan penampilan diri. Jangan terkeliru dengan diet yang menghalang anda daripada makan sepanjang hari.

Kesimpulannya, makan secara sihat adalah untuk memastikan tubuh kita menerima khasiat yang diperlukan untuk berfungsi secara optimum. Dengan khasiat yang cukup, tenaga mula terjana secara konsisten & kalori dalam badan pun digunakan. Namun yang demikian, untuk mengubah tabiat pemakanan adalah sukar, jadi saya cadangkan supaya mula minum susu chaaya.

Susu chaaya – Susu Semulajadi Pemberi Kebaikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *