5 MAKANAN YANG WAJIB DIMAKAN KALAU ADA NIAT NAK KURUS SECARA SIHAT.

Kalau nak kurus, orang selalu argue pasal karbohidrat, lemak-lemak dan semua yang diantaranya. Tetapi apa yang pasti, semua orang boleh bersetuju yang PROTEIN sangat penting. Makan makanan yang kaya dengan protein ada beberapa kebaikan.

Antara kebaikan memakan makanan yang kaya dengan protein adalah seperti:

  1. Membantu anda untuk mengurangkan berat badan (lemak dibahagian perut)
  2. Menambahkan jisim otot & tenaga

Cadagan pengambilan protein harian adalah 46 gram (perempuan) & 56 gram (lelaki).

Berikut adalah 5 makanan yang kaya dengan protein.

 

1. Telur

Sebiji telur merupakan antara makanan yang paling sihat dan bernutrisi tinggi dalam dunia ni. Telur dipenuhi dengan vitamin, mineral, lemak baik, anti-oksidan yang baik untuk mata dan nutirisi untuk otak.

Sebiji telur tinggi dengan kandungan protein, tetapi keseluruhan putih telur terdiri daripada protein asli.

Kandungan Protein: 35% dari kalori dalam sebiji telur. Sebiji telur mengandungi 6 gram protein & 78 kalori.

 

2. Almond (Badam)

Almond dipenuhi dengan nutrisi termasuk serat (fiber), vitamin E dan magnesium.

Kandungan Protein: 13% dari kalori. 6 gram per 1 ounce (28 gram) hidangan, dengan 161 kalori.

 

3. DAGING AYAM (BAHAGIAN DADA)

Dada ayam (daging) merupakan makanan yang kaya dengan protein paling terkenal.

Jika anda memakan dada ayam tanpa kulitnya, majoriti kalori di dalamnya datang daripada protein.

Dada ayam juga mudah dimasak dan rasanya sedap jika dimasak dengan betul.

Kandungan Protein: 80% dari kalori. 1 hidangan dada ayam panggang tanpa kulit mengandungi 53 grams proteins dengan hanya 284 kalori.

 

 

 

4. OAT

Oat merupakan bijirin yang paling sihat di dunia. Ianya dipenuhi dengan serat, magnesium, thiamin (Vitamin B1) dan beberapa khasiat lain.

Kandungan Protein: 15% dari kalori. Setengah cawan oat mengandungi 13 gram protein dengan 303 kalori.

 

5. SUSU

Susu adalah minuman yang sangat berkhasiat tinggi. Ianya merupakan sumber protein berkualiti tinggi yang terbaik untuk manusia. Susu juga mempunyai setiap khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia setiap hari.

Ianya juga tinggi dengan kalsium, fosforus dan riboflavin (vitamin B2).

Kandungan Protein: 21% dari kalori. 1 cawan susu mengandungi 8 gram protein dengan 149 kalori.

 

Ringkasan: Kepentingan dalam memakan makanan yang kaya dengan protein adalah sangat penting untuk kesihatan tubuh badan kita. Sama ada untuk mendapatkan berat badan yang ideal atau pun sebagai tenaga untuk menjalani aktiviti seharian kita.

Pilihlah makanan yang tinggi protein seperti Susu Chaaya. “Susu semulajadi Pemberi Kebaikan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *