5 MAKANAN YANG BOLEH BUAT KULIT BAYI PUTIH BERSIH

Saya yakin, kebanyakkan ibu mengharapkan bayi yang dibakal dilahirkan sihat dan mempunyai sifat yang normal. tentu sahaja hal tersebut merupakan kebahagiaan tersendiri. Lebih bahagia lagi, jika saat si kecil lahir mempunyai kulit yang kelihatan bersih dan cerah.

 

Meskipun faktor genetik tentu saja menjadi salah satu penentu mengenai bagaimana  warna kulit bayi yang dilahirkan, namun ibubapa yang mempunyai kulit gelap tidak perlu merasa kecil hati. Hal tersebut dikerana mereka juga mempunyai peluang untuk melahirkan bayi yang berkulit bersih. Untuk mendapatkan kulit bayi yang putih atau bersih saat dilahirkan, ibu hamil harus selalu menjaga pengambilan nutrisi selama tempoh kehamilan berlangsung. Ada beberapa makanan yang bukan hanya bermanfaat bagi kesihatan para ibu hamil, namun juga bagi janin dalam kandungan. Berikut adalah 5 makanan ibu hamil agar kulit bayi putih & bersih.

1. AIR 

Air bukan hanya bermanfaat untuk menghidrasi ibu hamil, namun juga bermanfaat untuk dapat menjernihkan air ketuban anda. Apabila air ketuban yang jernih, maka secara automatik kesihatan kulit bayi juga akan lebih terjaga. Untuk itu, pastikan untuk selalu memenuhi keperluan minuman air anda setiap hari.

2. AIR KELAPA MUDA

Air kelapa diketahui mengandungi kandungan elektrolit tinggi yang bertindak sebagai antioksidan. Apabila air kelapa diminum sewaktu  sedang hamil, ianya  dapat menghidrasi tubuh anda dengan cepat dan membantu untuk menjernihkan air ketuban sehingga kulit bayi yang ada dalam kandungan juga akan lebih bersih.

3. HINDARI MAKANAN BERLEMAK

Sewaktu temph kehamilan, cuba elakkan daripada memakan makanan yang mengandungi lemak, misalnya kulit, daging, santan dan sebagainya. Makanan yang berlemak ini mengandungi kadar kolesterol yang tinggi dan berpotensi untuk diserapkan ke dalam janin. Kolesterol yang diserap itu tadi, akan membentuk tanda lahir pada kulit bayi tersebut. Disamping itu juga, makan makanan berlemak boleh membuatkan kulit bayi anda kelihatan kotor terutamanya dibahagian kepala & dahi.

4. SAYUR-SAYURAN HIJAU

Sayur-sayuran hijau diketahui kaya dengan vitamin dan juga merupakan antioksida tinggi. Ianya sangat bagus untuk membantu melancarkan sistem pencernaan dan juga proses detoks. Ini membuatkan tubuh menjadi lebih sihat dan juga bebas daripada lemak berlebihan dan toksin. Apabila sayur-sayuran hijau ini dimakan oleh ibu mengandung, ianya akan memberi kesan yang baik pada kesihatan ibu dan juga bayi dalam kandungan.

5. KACANG HIJAU

Makan kacang hijau ataupun minum air rebusannya ternyata sangat berkhasiat. Ini kerana, kacang hijau mengandungi nutrisi yang sangat baik untuk membantu proses pertumbuhan janin. Kandungan protein dan asid folik yang tinggi sangat bermanfaat pada ibu mengandung untuk menjernihkan air ketuban dan seterusnya memberi kesan positif pada kulit bayi anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *