5 Makanan paling menggemukkan di Malaysia

Sudah semestinya bila bercakap mengenai makanan, rakyat Malaysia mesti berbangga dengan kepelbagaian dan kesedapan makanan di Malaysia. Makanan seperti nasi lemak, roti canai, nasi goreng memang sedap dimakan, tetapi tahu kita mengenai nutrisi, kandungan kalori, lemak yang terkandung di dalamnya. Kerana melalui nutrisi ini yang akan menyebabkan berat badan kita meningkat kalau kita makan secara berlebihan.

Berikut adalah makanan Malaysia yang boleh menyebabkan anda gemuk.

1. NASI LEMAK

Nasi lemak yang secara tidak rasminya diiktiraf oleh rakyat Malaysia sebagai Makanan kebangsaan kita. Makanan yang gemar dimakan sewaktu sarapan pagi. Hidangan nasi lemak mengandungi (karbohidrat, Protein & Lemak) dengan 390 Kalori tidak termasuk sambal, telur, kacang dan ikan bilis.Untuk sepinggan nasi lemak lengkap, kalorinya sekitar 400 – 500 kalori.

Perlu diingat, keperluan kalori seorang manusia dewasa hanya berada sekitar 2000 Kalori.

Oh, nasi lemak tidak meningkatkan kolesterol….

 

2. BURGER

 

Burger adalah salah satu makanan kegemaran rakyat Malaysia. Terutamanya burger ramli. Kebanyak burger diperbuat daripada daging kisar. Daging kisar diketahui mempunyai nilai lemak yang sangat tinggi berbanding dengan daging biasa. Satu hidangan 475 Kalori. Nilai kalori yang sangat tinggi untuk makan malam.

 

3. ROTI CANAI

 

Makanan pilihan sewaktu sarapan selain daripada nasi lemak. Sekeping roti canai mempunyai nilai kalori setinggi 300 kalori. Sejujurnya, kita akan makan 2 keping roti canai setiap kali dan dicicah dengan kari. Ini membuatkan roti canai lebih tinggi nilai kalorinya. sekitar 600 – 700 kalori bagi setiap hidangan.

Anda perlu jogging selama 90 minit hanya untuk membakar 600 kalori daripada badan.

 

 

4. SUSU PEKAT MANIS (EG: TEH TARIK)

Minuman kegemaran rakyat Malaysia yang sering diambil bersama dengan roti canai. Susu pekat manis secara jujur, memang tidak baik untuk kesihatan kita. Ianya sangat tinggi gula & kandungan lemak. Jika diambil secara berlebihan boleh jejaskan kesihatan badan. 1 sudu susu pekat manis mempunyai sekitar 60 Kalori. Berapa banyak sudu susu pekat manis diperlukan untuk segelas teh tarik?

Gantikan susu pekat manis dengan susu chaaya. Rendah gula & rendah lemak. Ianya akan menghasilkan teh tarik yang lebih berkhasiat & sedap. Cubalah.

 

5. NASI GORENG

 

Sepinggan nasi goreng mempunyai 650 kalori. Selalunya nasi goreng akan digoreng bersama dengan telur, ayam ataupun daging-daging lain. Ini akan menyebabkan ianya menjadi makanan yang tidak seimbang.

 

Senarai makanan yang saya senaraikan ini memang mustahil untuk kita elak. Yup mustahil. Kita rakyat Malaysia memang suka makan. Itu satu kenyataan. Saya tidak menghalang anda untuk tidak makan makanan kegemaran rakyat Malaysia ni, tapi cuba kawal saiz hidangan yang diambil. Sebagai contoh segenggam nasi bagi setiap hidangan. InsyaAllah ianya dapat membantu anda dalam menurunkan berat badan anda.

Selain itu, gantikan susu pekat manis kepada susu rendah lemak & gula seperti susu chaaya. Kesan jangka panjang yang baik untuk diri anda & keluarga anda.

Untuk berubah secara tiba-tiba memang susah, jadi mulakan dengan perubahan kecil.

 

Tukar susu pekat manis ke susu chaaya.

2 thoughts on “5 Makanan paling menggemukkan di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *