5 CARA MUDAH UNTUK KURUS DENGAN CEPAT, MUDAH & SIHAT.

Kadang-kadang kita dah terlalu bosan dengan program berdiet. Kita punyalah gigih nak berdiet tapi progress kita masih sendu. Bila sendu kita give-up dan kembali dengan kehidupan kita sebelum tu. Sebab itu, bila dengar perkataan “DIET” kita dah tau, kita memang tidak akan berjaya. Siapa sini ada masalah macam ni?

Sebenarnya untuk mendapatkan berat & bentuk badan idaman, kita tidak perlu berdiet. Apa yang kita perlukan adalah “LIFESTYLE” atau TABIAT & CARA kita hidup. Itu yang penting. Kerana bila kita berdiet progress untuk berat badan & tahap kesihatan kita hanyalah bersifat sementara. Berbeza apabila kita mengubah cara hidup kita..Perubahan yang boleh membawa kesan positif pada berat & kesihatan kita dalam jangkamasa yang panjang.

Ok beginilah, siapa yang nak badan sihat & bertenaga sampai dia tua? Tanpa sebarang penyakit dan masalah seperti sakit jantung, kencing manis ataupun darah tinggi. Penyakit yang bakal menyusahkan keluarga anda & diri sendiri kelak. Kalau nak sila ikut cara mudah yang bakal saya cadangkan ini. Kerana ianya sudah terbukti.

1. MASAK MAKANAN ANDA SENDIRI

“saya selalu makan di restoran atau kedai sehingga lebih 4 – 5 kali seminggu. Sekarang saya lebih gemar makan makanan yang saya masak sendiri yang saya pasti apakah bahan yang digunakan & tahap kebersihan yang terjamin. Saya hanya makan di luar atau kedai hanya sekali seminggu sekarang. Alhamdulillah, saya sudah dapat rasakan perubahan pada badan & poket saya” – Inn, 34 (Damansara, Selangor)

 

2. SARAPAN –  300 KALORI

“saya selalu skip breakfast, tapi sekarang saya akan pastikan yang saya akan breakfast sebelum saya memulakan hari saya. Saya akan makan sarapan yang mengandungi sekitar 300 kalori yang terdiri daripada oatmeal, peanut butter & secawan susu. Sarapan kegemaran saya : 2 keping roti gandum yang disapu dengan peanut butter & secawan susu. Apabila saya lapar, saya akan makan buah-buahan sebagai snek. Saya sudah amalkan tabiat pemakanan ini selama setahun & sudah turun lebih 10 KG.” – Hanna Shiela, 33 (Semenyih, Selangor)

 

3.PEMBERSIHAN STOK MAKANAN

“Saya telah membersihkan/ membuang stok makanan yang tidak sihat di dalam dapur & peti ais saya. Saya telah gantikan makanan yang saya gemar makan seperti aiskrim, nugget & keropok kepada snek rendah kalori seperti kuaci & cereal. Saya mula membuat pilihan makanan yang lebih baik. Sekarang saya lebih kurus walaupun sudah mempunyai 2 orang anak” – Sally Mansor, 33 (Bukit Beruntung, Selangor)

 

 

4. LEBIHKAN SAYUR-SAYURAN

“Dengan hanya menambah lebih banyak sayur-sayuran dalam hidangan makanan saya, saya dapat rasakan perubahan pada badan saya. Saya lebih bertenaga, kulit saya lebih berseri & berat badan saya pun dah berkurangan” – Cherry, 28 (Cheras, Kuala Lumpur)

 

5. BERHENTI MAKAN SELEPAS JAM 630 PETANG

“Setiap kali saya nak kurangkan sedikit berat badan saya, saya akan pastikan saya makan malam sebelum jam 630 petang. 5 kali seminggu. Kalau waktu malam saya masih lapar, saya biasanya akan makan pisang & minum segelas susu. Sebab selalunya waktu malam lah saya akan makan junk food. Dalam masa 2 bulan saya dah nak perubahan” – Aina, 26 (Segamat, Johor)

 

5 cara mudah diatas adalah berdasarkan pengalaman orang. Pengalaman yang saya dapatkan daripada internet. Mereka telah mengubah cara pemakanan yang lebih sihat. Mereka tidak berdiet. Tetapi mengamalkan pemakanan yang sihat.

Rasanya anda boleh mengubah tabiat pemakanan anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *