4 perkara yang sering ditanya mengenai KALORI

Apabila kita bercakap mengenai berdiet, pengiraan kalori adalah yang paling asas. Kita takut dengan KALORI tinggi. Setiap makanan kita tahu kandungan kalori dan harus dielakkan sekiranya ianya mempunyai kalori yang tinggi. Tapi tahukah anda apa itu sebenarnya kalori?

APA ITU KALORI?

Kalori adalah unit untuk tenaga.Jadi setiap makanan dan minuman mengandungi tenaga yang diukur melalui kalori. Tubuh kita memerlukan kalori untuk hidup. Tanpa tenaga daripada kalori, sel-sel dalam tubuh badan kita akan mati, ini termasuk juga jantung kita yang memerlukan kalori untuk berdegup. Jadi, kita tidak perlu takut lagi dengan kalori, kerana kita amat memerlukannya.

Kita boleh dapatkan tenaga daripada makanan dan minuman yang kita ambil. Jika makanan dan minuman yang kita ambil setiap hari dapat memenuhi keperluan kalori harian kita. Sekiranya nilai kalori yang dibekalkan pada tubuh lebih rendah daripada apa yang diperlukan tubuh, ini boleh menyebabkan risiko terkena penyakit makin meningkat.

Makanan yang kita makan seharian mengandungi karbohidrat, protein dan lemak yang nantinya akan ditukar kepada tenaga. Berikut adalah jumlah kalori dari setiap zat-zat yang kita makan:

  • 1 gram karbohidrat = 4 kalori
  • 1 gram protein = 4 kalori
  • 1 gram lemak = 9 kalori

sebagai contoh, secawan susu chaaya (21g) = Protein (0.58g x 4) + Karbohidrat (14.7g x 4) + Lemak (4.6g x 9) = 102.52 Kalori.

 

BERAPA BANYAK KALORI YANG DIPERLUKAN SEHARI?

Secara umumnya seorang manusia dewasa memerlukan sekitar 2000 kalori sehari. Namun keperluan kalori mungkin berbeza mengikut kerja dan akitiviti yang dijalankan seseorang itu.

 

BAGAIMANAKAH CARA TERMUDAH UNTUK MEMBAKAR KALORI?

Cara termudah untuk membakar kalori adalah dengan menjalankan aktiviti seharian. Semakin aktif aktiviti harian anda, semakin banyak kalori yang terbakar. Sebagai contoh, walaupun dengan hanya berjalan, kalori dalam badan juga boleh terbakar.

Apabila seseorang itu makan dan minum secara berlebihan tanpa menjalankan akitiviti yang diperlukan untuk membakar kalori, tubuh badan akan mulai berat dan gemuk. Ini merupakan masalah dan punca utama obesiti dikalangan orang dewasa.

Ingat, jika jumlah kalori yang diambil lebih banyak daripada jumlah kalori yang digunakan maka berat badan akan bertambah.

 

APA ITU KALORI KOSONG?

Kalori kosong adalah makanan yang kita makan yang mempunyai nilai khasiat yang sangat rendah,yang tidak mengandungi serat, protein, mineral, vitamin-vitamin lain. Kalori kosong selalunya terkandung di dalam makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi dengan kandungan gula yang tinggi.

Lemak tepu selalunya didapati dalam lemak daging dan mentega.

Lemak tepu dan gula tambahan sengaja ditambah didalam makanan untuk menjadikan makanan tersebut lebih enak. namun yang demikian, makanan seperti ini mengandungi kalori yang tinggi tetapi mempunyai nilai khasiat yang rendah. Nilai kalori yang terlalu tinggi menyebabkan kenaikan berat badan dan meningkatkan risiko sakit jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *