4 JENIS BUAH-BUAHAN YANG HARAM DIMAKAN OLEH IBU HAMIL

4 jenis buah-buahan yang haram dimakan oleh ibu hamil ini haruslah diketahui oleh bakal mommy semua. Tapi jangan salah faham, perlu diketahui pada dasarnya semua jenis buah boleh dimakan oleh ibu hamil, cuma jumlah portion yang diambil adalah dalam kadar yang rendah.

Akan tetapi terdapat beberapa jenis buah-buahan yang perlu semua mommy berwaspada apabila nak makan, terutamanya jika mommy tergolong dalam pengemar  buah-buahan berikut ini & mommy masih berada pada peringkat awal kehamilan. Ini kerena keadaan janin dalam kandungan masih kecil dan lemah.

Berikut ini adalah 4 jenis buah-buahan yang haram dimakan oleh ibu hamil jika dimakan secara berlebihan.

1. DURIAN

Kat sini siapa pengemar durian? Pernah makan durian sewaktu tengah hamil? Biasanya akan terasa cepat pening dan “mabuk” lepas makan durian. Untuk info, durian ini mempunyai sifat panas dan juga mengandungi sedikit kandungan alkohol semulajadi. Meskipun demikian, yang muslim tak perlu risau kandungan alkohol dalam durian ni, ini kerana ianya bersifat alamiah & tidak haram bagi seorang muslim. Kecuali buah durian itu sengaja diproses untuk meningkatkan kandungan alkoholnya.

Durian juga mempunyai kandungan asid arakidonat (Omega 6 – asid lemak) yang merupakan bahan kimia yang membentuk prostaglandin. Prostaglandin ini selalu dikaitkan dengan masalah contractions pada rahim yang boleh menyebabkan masalah keguguran.

Ancaman ini biasanya akan lebih berisiko pada ibu hamil yang berada pada trimester pertama.

2. BETIK MUDA

Kebiasaannya betik muda digunakan untuk bahan rojak dan kerabu. Sebaiknya ibu hamil tidak digalakkan untuk makan betik muda. Ini adalah kerana betik muda mengandungi lateks (getah) yang boleh menyebabkan contractions  pada rahim. Ianya perlu dijauhi sama sekali terutamanya apabila anda berada pada trimester ketiga.

 

Namun, ibu hamil boleh makan buah betik yang sudah matang. Kandungan nutrisi yang tinggi baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Ianya kaya dengan serat, vitamin c dan pelbagai nutrisi lain. Kandungan betik membantu mencegah masalah kehamilan seperti sembelit dan sakit perut.

3. NENAS

Nenas mengandungi kandungan bromelain yang sangat tinggi. Bromelain ini merupakan zat yang dapat memudahkan pembukaan rahim dan kondisi ini juga akan menyebabkan kelahiran secara pra-matang.

Pemakanan nenas secara berlebihan sewaktu peringkat awal kehamilan juga akan dapat menyebabkan keguguran kandungan.

 

4. ANGGUR

Apabila buah anggur dimakan secara berlebihan, gula yang terkandung di dalam buah anggur ini akan sangat mudah terfermentasi atau “tapaian” sehingga gula berubah menjadi alkohol. Pemakanan buah anggur secara berlebihan atau di luar batas akan menyebabkan alkohol yang dikandungnya membuat suhu rahim mommy meningkat & kondisi ini tentu kurang baik untuk perkembangan janin.

Jika mommy suka anggur, makan sahaja secara berpada-pada  & jangan berlebihan agar manfaat nutrisinya didapatkan dan efek negatifnya dapat dielakkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *