10 TANDA ANDA TIDAK MENDAPAT KALSIUM YANG MENCUKUPI + APA YANG ANDA LAKUKAN?

Kalsium bukan sahaja penting untuk tulang dan gigi, tetapi ianya juga boleh memberikan kesan pada tekanan darah, berat badan dan pencegahan kanser prostat.

Cara kalsium berfungsi di dalam badan kita adalah dengan beredar di dalam darah kita dan ianya akan disimpan di dalam tulang. Kalsium yang berada di dalam darah kita sentiasa dipastikan di dalam tahap yang baik, jika kandungan kalsium mulai rendah, samada akibat daripada diet pemakanan kita ataupun masalah kesihatan lain, kalsium akan mula diambil daripada tulang. Itulah sebabnya kebanyakkan gejala kekurangan kalsium berkaitan dengan tulang lembut atau rapuh.

Tanda-tanda kekurangan kalsium tidak dapat dikesan pada peringkat awal, tetapi ianya lebih kepada kesan jangka masa panjang.

TANDA ANDA KEKURANGAN KALSIUM DALAM BADAN

1. Kerap dan patah tulang

2. Masalah gigi berlubang

Secara amnya, masalah gigi berlubang adalah akibat daripada amalan penjagaan gigi yang lemah. Tetapi masalah kekurangan kalsium juga dapat menyumbang kepada masalah ini.

3. Rickets pada kanak-kanak

Rickets adalah simptom apabila tulang kanak-kanak menjadi lembut dan lemah biasanya disebabkan oleh kekurangan melampau Vitamin D yang membantu penyerapan kalsium.

4. Osteopenia & Osteoperosis

Kerap berlaku di kalangan warga emas.

5. Tekanan darah tinggi

Orang yang tidak mendapatkan keperluan kalsium yang mencukupi berpotensi besar mengidap masalah tekanan darah tinggi; kalsium membantu sedikit dalam mengurangkan tekanan darah.

6. Berat badan berlebihan

Mengambil produk tenusu yang tinggi kandungan kalsium dan rendah lemak dapat membantu mengurangkan serta mengawal berat badan yang sihat.

7. Kebas pada jari

Ini boleh dikaitkan dengan masalah ketidakseimbangan kalsium yang serius yang selalu dikaitkan dengan masalah klinikal lain seperti hypoparathyroidism.

8. Keletihan

9. Kekejangan Otot

10. Degupan Jantung Tidak Normal

 

 

Bagaimana nak mengatasi masalah kekurangan kalsium?

kaedah terbaik untuk meningkatkan kandungan kalsium dalam darah kita adalah melalui pemakanan. Ianya bukan hanya bergantung berapa banyak yang kita makan, tetapi lebih kepada proses penyerapan kalsium itu yang lebih penting.

Sumber diet yang tinggi dengan kalsium adalah:

  1. Produk Tenusu (Susu Kambing)
  2. Ikan Bertulang (Sardines)
  3. Soya dan tauhu
  4. Sayuran yang berwarna hijau tua

Disamping itu, terdapat makanan tertentu yang mempengaruhi bagaimana kita memproses dan menggunakan kalsium. Terlalu banyak garam, alkohol, tembakau dan kafien boleh menghalang penyerapan kalsium.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *